Honor 8X Bakal Hadir – Apa Kelebihan Smartphone Honor Kali Ini?

Honor 8X merupakan sebuah lagi smartphone milik Honor dibawah jenama Huawei yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Spesifikasi smartphone tersebut telah pun tersebar, memberikan gambaran awal mengenai apa yang Honor akan perkenalkan kepada pengguna.

Ia merupakan sebuah phablet yang dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan seperti skrin sebesar 7.12 inci (2244×1080 pixels) , cip pemprosesan Snapdragon 660 atau 636, bateri sebesar 4,900mAh, dwi-kamera 16 megapiksel + 2 megapiksel, kamera hadapan 8 megapiksel dan hadir dengan memori terbina 64GB dengan sokongan sdcard.

Saiz bateri sebesar 4,900mAh dijangka akan menjadi kelebihan buat Honor 8X ini disamping saiz skrin sebesar 7.12 inci. Pesaing terdekat selepas ia diperkenalkan kelak ialah Xiaomi Mi Max 3 yang dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan termasuk bateri bersaiz 5,000mAh.

Peranti phablet dengan kod nama Honor ARE-AL00 mungkin juga akan dikenali sebagai Honor 8X Max atau Honor 8S. Spesifikasi muktamad dan harga pengenalan akan diketahui ketika ia dilancarkan kelak.

Dalam perkembangan lain, Honor turut dijangka akan memperkenalkan Honor View 10 versi kemaskini dan kemaskini Android 9.0 Pie untuk peranti mereka kini dalam peringkat ujian sebelum dikeluarkan kepada pengguna.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here