Harga Sony Xperia XZ Premium Di Malaysia Kini RM2099 – Berbaloi?

Harga Sony Xperia XZ Premium Di Malaysia kini semakin berbaloi apabila Sony Malaysia dilihat menurunkan harga peranti tersebut menjadi RM2099. Ketika diperkenalkan tidak lama dahulu, ia dijual pada harga mencecah RM3699, sebuah flagship bagi tahun 2017 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 835.

Pembeli boleh mendapatkan XZ Premium pada harga promosi ini melalui Lazada ataupun 11Street. Menyentuh mengenai soal spesifikasi, smartphone ini menggunakan spesifikasi terbaik untuk tahun 2017.

Apa yang menarik perhatian ialah fungsi dan kemampuan kamera yang terdapat pada Sony Xperia XZ Premium tersebut. Dikenali sebagai Motion Eye Camera System, ia mampu merakam video gerak perlahan atau slo-mo pada kelajuan 960fps, pertama seumpamanya untuk sebuah peranti pintar.

We have amazing news! From now until 17 August 2018, be sure to get hold of the XZ Premium which is now priced at…

Posted by Sony Mobile MY on Ahad, 12 Ogos 2018

 

Lawati pautan yang kami kongsikan dibawah untuk mendapatkan smartphone ini pada harga promosi RM2099.

Lazada | 11Street

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here