Harga Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia – Pra Tempahan Dibuka

Harga Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia akhirnya diketahui selepas pra tempahan peranti tercanggih milik Samsung dibuka kepada ramai. Terdapat dua model berbeza dari segi memori terbina iaitu model asas dengan storan 128GB dan juga model dengan storan 512GB.

Tiada perbezaan lain antara kedua-dua model selain daripada harga yang ditawarkan. Pengguna boleh menempah Samsung Galaxy Note 9 pada harga permulaan RM3699 untuk versi 128GB dan mencapai harga RM4599 bagi versi 512GB. Peranti ini turut menyokong penggunaan sdcard sehingga 512GB, menjadikan jumlah storan boleh mencapai 1 terabytes.

BacaSamsung Galaxy Note 9 Di Malaysia – Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Promosi untuk mereka yang menempah peranti ini turut dijalankan dimana pengguna akan mendapat jam tangan Gear Sport + tali jam serta pengecas tanpa wayar berjumlah RM1531 jika menempah Galaxy Note 9 variasi 512GB. Manakala bagi pilihan 128GB sebuah jam tangan pintar Gear Sport akan diberi percuma kepada pembeli.

BacaHonor View 10 Versi Baru Bakal Hadir – Apa Yang Best?

Pengguna boleh melawati laman web rasmi Samsung untuk lebih banyak maklumat lanjut mengenai pra-tempahan Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia. Bagi kami, harga yang ditawarkan kali ini sangat berbaloi dan masuk akal.

sumberSamsung Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here