Harga Honor Play Di Malaysia RM1249 – Apa Kelebihan Smartphone Ini?

Harga Honor Play di Malaysia kini diketahui selepas peranti memfokuskan permainan milik Honor dilancarkan secara rasmi hari ini. Pengguna boleh mula mendapatkan Honor Play pada harga serendah RM1249. Satu harga yang amat kompetitif serta murah jika hendak dibandingkan dengan pesaing dalam kelas yang sama.

Jadi apa yang menariknya mengenai smartphone terbaru dari Honor ini ?

Secara umumnya, segala perkara mengenai Honor Play ini cukup menarik. Jika dilihat dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan tercanggih milik Honor iaitu HiSilicon Kirin 970. Sebuah cip pemprosesan setaraf dengan Snapdragon 845 dan juga Samsung Exynos 9810 yang merupakan cip pemprosesan tercanggih milik Qualcomm dan Samsung buat masa ini. Sudah tentu ada perbezaan dari segi kemampuan processor tersebut.

BacaXiaomi Pocophone F1 – Apa Cerita Setakat Ini?

Memfokuskan kepada peranti permainan mudah alih, Honor mengambil langkah bijak dengan menggunakan bateri sebesar 3750mAh bagi memastikan pengguna tidak mengalami masalah dari segi bateri. Ia turut dibantu dengan ram sebesar 4GB dan ruangan memori terbina sebesar 64GB berasaskan UFS 2.1 (lebih laju dan efisien berbanding storan tradisional). Sebelum anda mempersoalkan tentang saiz bateri dibawah 4000mAh, ruangan storan cuma 64GB dan ram hanya sebesar 4GB, harus diingat, peranti ini dijual pada harga RM1249 dan dilengkapi dengan spesifikasi jauh lebih baik berbanding pesaing lain.

Spesifikasi lain termasuk dwi-kamera utama 16MP f/2.2 + 2MP f/2.4 PDAF, kamera hadapan 16 megapiksel, sambungan USB Type-C dengan sokongan pengecasan pantas, sokongan sdcard sehingga 256GB dan paparan skrin 6.3 inci, 19:9 FHD+ (1080p) IPS LCD. Peranti ini menggunakan Android 8.2 Oreo dengan paparan antaramuka EMUI.

BacaKenapa Anda Wajib Pastikan Smartphone Anda Sentiasa Dikemaskini

Perkara lain yang menjadi kelebihan Honor Play ialah tidak lain tidak bukan, teknologi GPU Turbo yang diperkenalkan oleh pihak Honor tidak lama dahulu. Ia hadir dilengkapi dengan teknologi tersebut yang mampu meningkatkan prestasi ketika bermain game sebanyak 60% dan mengurangkan penggunaan bateri sehingga 30% ketika permainan dimainkan. Baca lebih lanjut penerangan kami mengenai GPU Turbo di halaman ini.

Honor Play seperti kebanyakkan peranti lain menjadikan Artificial Intelligent atau kecerdasan buatan sebagai salah satu kelebihan buat peranti ini. Cip pemprosesan Kirin 970 juga dikatakan mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi A.I berbanding Snapdragon 845 dan juga Samsung Exynos 9810. AI NPU (neuron process unit) yang terdapat pada HiSilicon Kirin 970 akan memberi kelebihan dari segi prestasi permainan mudah alih termasuk prestasi kamera peranti tersebut.

Ciri-ciri lain yang menjadi tumpuan ialah AI Gaming, satu ciri dimana AI akan mengenal pasti permainan yang anda mainkan termasuk situasi permainan tersebut dan akan memberikan pengalaman seakan sebenar dengan gegaran pada peranti anda yang dipanggil Smart Shock ( bayangkan dual shock controller, lebih kurang tu). Tidak cukup dengan AI Gaming, peranti Honor Play turut dilengkapi dengan apa yang dipanggil sebagai 3D Gaming Sound Effect, kesan khas bunyi ketika permainan dimainkan.

Honor Play boleh mula didapati bermula minggu ini dengan harga permulaan RM1249. Sebuah peranti yang harus dipertimbangkan jika anda merupakan seorang pemain game mobile tegar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here