Google Pixel 3 – Ini Rupa Sebenar Peranti Google Tahun 2018

Google Pixel 3 mengundang pelbagai reaksi peminat setia peranti Android sejak khabar angin mengenai generasi ketiga siri Pixel ini tersebar dahulu. Kecemerlangan dua siri terawal Pixel menyebabkan ramai menaruh harapan tinggi terhadap Google untuk memastikan Pixel 3 terus cemerlang dan hebat.

BacaAndroid 9.0 Pie – Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Namun sebaliknya yang berlaku, imej pertama yang tersebar menunjukkan Google mengikut jejak langkah Apple iPhone X dan Essential PH1 untuk meletakkan apa yang dipanggil sebagai Notch pada bahagian atas peranti Pixel 3. Ini amat mengecewakan ramai pengguna.

Gambar terbaru yang disebarkan membuktikan bahawa Google tetap komited dengan rekaan notch untuk Pixel 3 mereka. Imej yang dikatakan sebagai unit produksi menunjukkan rekaan notch yang agak besar dan kelihatan huduh, mencacatkan rekabentuk premium peranti tersebut.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, anda boleh menjangkakan spesifikasi terkini dan tercanggih yang boleh didapati pada sesebuah peranti premium. Antara yang diketahui sehingga ke saat ini ialah Snapdragon 845, Android 9.0 Pie, 4GB ram (disaat kebanyakkan peranti flagship menggunakan ram sehingga 8GB) dan pilihan memori terbina 64GB dan 128GB.

BacaApa itu GPU Turbo Pada Peranti Honor? – Cukup Hebat!

Google Pixel 3 akan dilancarkan pada 4 Oktober 2018 akan datang. Sama-sama kita nantikan peranti dengan rekaan notch paling buruk ini kelak (seseorang sila bagi Google anugerah).

sumber : Android Police

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here