BlackBerry Key2 LE – Ini Rupa Smartphone Terbaru Blackberry

BlackBerry Key2 LE merupakan smartphone terbaru Blackberry yang dijangka akan diperkenalkan pada 30 Ogos kelak dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan dan seperti biasa, papan kekunci Blackberry sendiri.

Dalam perkembangan terbaru, beberapa imej siaran media tersebar sekaligus menjawab segala persoalan mengenai rekabentuk smartphone kelas pertengahan milik Blackberry ini.

Smartphone terbaru dalam siri Key tersebut menggunakan skrin bersaiz 4.5 inci, cip pemprosesan Snapdragon 636, ram sebesar 4GB, dwi-kamera utama 13 megapiksel + 5 megapiksel , sistem operasi Android 8.1 Oreo, pilihan memori terbina sebesar 32GB/64GB dengan sokongan sdcard sebesar 256GB dan saiz batri 3,000mAh.

Baca : Kenapa Google Pixel 3 XL Dilengkapi Notch?

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi dikongsikan berkenaan harga yang akan ditawarkan. Jika dilihat pada rekod Blackberry yang ditawarkan di Malaysia, ianya dijual pada harga premium sebaris dengan peranti flagship lain walaupun hanya menggunakan spesifikasi kelas pertengahan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan smartphone ini pada 30 Ogos 2018 akan datang.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here