Bateri Samsung Galaxy Note 9 Cukup Selamat – CEO

Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan dengan pelbagai perubahan besar daripada model terdahulu terutamanya Galaxy Note 7. Apa yang menjadi kegusaran pembeli ialah kualiti bateri yang digunakan pada Samsung Galaxy Note 9 kali ini.

Phablet terbaru milik Samsung itu menggunakan bateri bersaiz 4,000mAh, saiz terbesar yang pernah digunakan oleh siri Galaxy Note. Galaxy Note 7 ketika pelancarannya dahulu telah mencetuskan “fenomena” apabila ia didapati mudah meletup, memaksa Samsung menarik semula produk tersebut dari pasaran. Ia dikatakan berpunca dari bateri yang dibekalkan kepada Samsung.

Satu pasukan khusus dibentuk bagi menyelesaikan masalah tersebut, termasuk mencari punca dan menguji ketahanan bateri baru yang akan digunakan pada peranti mereka yang lain.

Dalam kenyataan terbaru CEO Samsung, bagi menjawab persoalan di minda bakal pengguna Samsung Galaxy Note 9, beliau mengatakan bateri 4,000mAh yang digunakan oleh Galaxy Note 9 ini adalah 100% selamat dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah letupan.

Pasukan pemantauan kualiti yang ditubuhkan pada tahun lalu telah memastikan segala komponen termasuk bateri pada Samsung Galaxy Note 9 ini mengikut peraturan dan penanda aras ketat yang ditetapkan, sekaligus menjadikan kualiti peranti tersebut terjamin.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here