Android 9.0 Pie Untuk Peranti Huawei Dalam Peringkat Ujian

Android 9.0 Pie untuk peranti Huawei kini dalam peringkat ujian dimana beberapa peranti telah dipilih untuk mencuba versi Android terbaru milik Google tersebut.Seperti yang boleh anda jangkakan empat peranti terawal tersebut ialah Huawei Mate 10 Pro, Huawei P20, Honor 10 dan Honor V10 . Walaupun Huawei P20 Pro tidak disebut, kami percaya ia akan terima kemaskini serupa dengan Huawei P20.

Android 9.0 Pie untuk peranti Huawei dan Honor dijangka akan hadir dengan Android Skin Huawei tersendiri iaitu EMUI yang akan turut dikemaskini dengan ciri-ciri baru. Perkara tersebut walaubagaimanapun tidak dibincangkan secara terperinci.

BacaAndroid 9.0 Pie – Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Maklumat tersebut dikongsikan oleh pihak Huawei sendiri di dalam satu posting di laman sosial China, Weibo.

Bagaimana dengan nasib peranti kelas pertengahan milik jenama tersebut? Buat masa ini tiada maklumat dikongsikan, namun anda tidak perlu risau kerana Huawei boleh dianggap agak komited dalam mengemaskini peranti dibawah mereka.

BacaHarga Xiaomi Redmi Note 5 Di Malaysia Kini Semakin Berbaloi

Beberapa peranti lain akan mengikut jejak langkah yang sama. Huawei turut mengatakan mereka akan mengeluarkan senarai lengkap peranti yang akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie pada masa akan datang. Sama-sama kita nantikan.

sumber : gsmarena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here