Android 9.0 Pie – Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Android 9.0 kini dikenali secara rasmi sebagai Android Pie dan bukannya Pengat Pisang seperti yang ramai rakyat Malaysia harapkan. Google hari ini mengeluarkan kemaskini rasmi Android Pie untuk peranti Pixel dan bukan lagi kemaskini Beta seperti sebelum ini.

Jadi apa yang anda perlu tahu mengenai sistem operasi terbaru milik Google ini ? Beberapa perkara baru diberikan tumpuan selain daripada perubahan ketara pada bahagian antaramuka Android Pie. Rujuk infografik yang kami hasilkan di atas.

Android 9.0 Pie kini dijana oleh Artificial Intelligent atau mungkin sesetengah daripada memanggilnya Kecerdasan Buatan. Kebanyakkan aspek yang terdapat pada sistem operasi terbaru ini ditentukan oleh A.I , ini termasuk bagaimana cara anda menggunakannya.

Berikut merupakan perkara baru yang diperkenalkan oleh Google pada Android 9.0 versi rasmi ini.

1- Antaramuka Baharu

Ini merupakan perkara paling mudah untuk dilihat oleh pengguna. Android Pie hadir dengan antaramuka yang diberi nafas baru dikenali sebagai Material Design 2 dan agak berbeza dengan versi Android sebelumnya. Bagi kami, Google tak banyak melakukan perubahan ketara pada antaramuka sejak konsep rekaan Material Design diperkenalkan pada Android 5.0 Lollipop.

2- Sistem Navigasi Baharu

Bagi pengguna yang telah biasa dengan peranti keluaran Apple, pasti menyedari bahawa sistem navigasi Android Pie sedikit sebanyak menyerupai Apple iOS. Google mengambil pendekatan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap butang navigasi dengan memperkenalkan ciri berasaskan “gesture” untuk menggunakan Android Pie. Khabar angin terbaru turut bertiup mengatakan bahawa Google Pixel 3 tidak akan dilengkapi dengan butang navigasi dan akan bergantung sepenuhnya pada sistem gesture.

3- Digital Wellbeing

Ini merupakan sebuah ciri-ciri baru pada Android Pie. Ia dihasilkan untuk mengelakkan pengguna peranti pintar terlalu leka dengan peranti masing-masing. Sebuah Dashboard disediakan dimana pengguna boleh mengawasi dan memantau cara penggunaan peranti, berapa lama masa dihabiskan untuk sesebuah aplikasi dan anda turut boleh menetapkan masa tertentu untuk menggunakan aplikasi kegemaran.

4- App Actions

Agak complicated untuk diterangkan, akan tetapi dalam bahasa mudahnya ialah, Android Pie dengan bantuan A.I akan mengenal pasti cara anda menggunakan smartphone masing-masing. Kemudiannya, berdasarkan maklumat tersebut, peranti anda akan mencadangkan untuk anda menggunakan aplikasi berdasarkan aktiviti yang sedang anda lakukan. Cth : anda merancang untuk menaiki train atau public transport, peranti anda akan mencadangkan untuk anda mendengar lagu menggunakan spotify atau membuka aplikasi Google Maps bagi merancang perjalanan anda.

5- Adaptive Battery

Fungsi ini agak menarik sebenarnya. Sebuah fungsi penjimatan battery yang dijana oleh kecerdasan buatan. Google mengatakan bahawa melalui Adaptive Battery ini, A.I akan mengenalpasti aplikasi yang paling banyak anda gunakan, kemudiannya akan mengutamakan bateri untuk kegunaan aplikasi tersebut.

6- Adaptive Brightness

Ini mungkin agak biasa didengari. Sebuah fungsi dimana tahap kecerahan skrin akan ditentukan melalui tetapan yang berbeza mengikut penggunaan anda. Sebagai contoh, anda suka menggunakan skrin cerah ketika menonton video pada peranti masing-masing, A.I akan mengenalpasti tetapan tersebut dan akan mencerahkan skrin secara automatik setiap kali anda menonton video.

7- Slices

Slices merupakan sebuah fungsi yang masih belum dikeluarkan secara rasmi buat masa ini namun akan hadir pada masa akan datang. Ia akan memaparkan maklumat ringkas atau fungsi ringkas sesebuah aplikasi apabila anda mencarinya menggunakan Google Search pada peranti masing-masing. Bahasa mudahnya, anda boleh menggunakan fungsi pada sesebuah aplikasi tanpa perlu membukanya terlebih dahulu.

8- Kawalan sekuriti

Antara aspek yang dititikan beratkan oleh Google. Android Pie hadir dengan kawalan sekuriti yang lebih baik berbanding versi Android sebelum ini. Selain itu, aspek Privasi turut diambil berat dalam kemaskini kali ini.

Buat masa ini hanya peranti Pixel dan Essential PH1 yang telah menerima kemaskini rasmi Android 9.0 Pie. Ianya akan diikuti oleh peranti dibawah program Android One dan peranti yang mengikuti program Beta oleh pengeluar masing-masing pada hujung tahun akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here