Android 8.0 Oreo Untuk Peranti Pertengahan Samsung Ditangguh Sehingga 2019

Kemaskini Android 8.0 Oreo untuk pengguna peranti Samsung kelas pertengahan akan ditangguh sehingga ke tahun hadapan. Itu berita kurang baik yang dapat kami kongsikan kepada anda.

Samsung Galaxy C9 Pro

Pihak sammobile melaporkan bahawa Samsung telah pun mengeluarkan kenyataan melalui aplikasi Samsung Members, menyatakan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk beberapa peranti kelas pertengahan mereka terpaksa ditangguhkan tanpa menyatakan sebarang sebab mengapa.

Antara peranti yang terlibat ialah siri Galaxy C, siri Galaxy J dan siri Galaxy A. Perkara ini walaubagaimanapun berbeza mengikut negara memandangkan penawaran smartphone yang berbeza.

Untuk menyemak jika peranti anda tersenarai dan layak menerima kemaskini seterusnya, buka aplikasi Samsung Members tekan pada bahagian tetapan dan pilih “Notices”.

sumber : sammobile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here