Harga Xiaomi Mi 8 SE Di Malaysia Bermula Serendah RM1349

Harga Xiaomi Mi 8 SE di Malaysia akhirnya diketahui selepas peranti Mi 8 versi kelas pertengahan itu ditawarkan oleh kebanyakkan penjual tempatan. Harga yang diperkenalkan bagi kami agak masuk akal dan tidak terlalu mahal. RM1350 bagi versi 4GB ram dan versi 6GB ram pula dijual pada harga sekitar RM1550.

Apa cerita Xiaomi Mi 8 SE ? SE yang digunakan tidak bermaksud ianya “Special Edition” atau edisi istimewa dengan spesifikasi tinggi. Xiaomi Mi 8 berspesifikasi tinggi dikenali sebagai MI 8 Explorer Edition yang hadir dengan konsep rekaan berbeza dibahagian belakang.

Snapdragon 710, cukup berkuasa atau meh? Snapdragon 710 merupakan cip pemprosesan kelas pertengahan tercanggih yang baru sahaja diperkenalkan. Ia diperkenalkan oleh Qualcomm bagi memastikan cip kelas pertengahan mereka seiring dengan teknologi terkini yang ada pada smartphone terutamanya teknologi AI yang makin kerap digunapakai.

Gabungan hardware pada Xiaomi Mi 8 SE meletakkan peranti ini sebagai salah sebuah peranti yang paling berbaloi untuk anda dapatkan. Snapdragon 710 dibantu dengan pilihan RAM sebesar 4GB atau 6GB, MIUI9 berasaskan Android 8.1 Oreo yang baru sahaja saya puji kepantasannya dalam ulasan Xiaomi Mi Note 3, dwi kamera 12 megapiksel dan rekaan moden yang bagi saya agak cantik serta tampak kemas.

Pesaing rapat Xiaomi Mi 8 SE ? Buat masa ini, dengan harga permulaan sekitar RM1349 dan mencecah RM1600 untuk versi 6GB ram, terdapat beberapa model yang tidak harus anda pandang ringan, terutamanya Xiaomi MI 6, Mi Note 3 dan lain-lain. Secara peribadi, saya merasakan MI 8 SE merupakan pilihan terbaik untuk anda yang inginkan peranti pintar terkini di dalam pasaran.

sumber : Lazada

1 COMMENT

  1. Terbaik saudara. Xbanyak websites versi bahasa melayu yang membincangkan perihal gadget. Syabas. Teruskan usaha anda (y)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here