ZTE Axon M – Ini Perkara Menarik Mengenai Peranti Unik Ini

Kebanyakkan pengeluar smartphone waktu ini berlumba-lumba menghasilkan peranti tanpa bezel atau bingkai dibahagian tepi, namun berbeza dengan ZTE dimana mereka memperkenalkan ZTE Axon M, sebuah peranti dwi-skrin yang boleh dilipat dengan bingkai (bezel) yang nipis.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi, ZTE Axon M berfungsi seakan-akan sebuah laptop dimana ia mempunyai penyambung diantara dua buah skrin. Peranti ini turut dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak boleh dipandang ringan.

Qualcomm Snapdragon 821 digunakan sebagai cip pemprosesan dibantu dengan ram sebesar 4GB, dua skrin berbeza yang boleh dilipat bersaiz 5.2 inci 1080p, kamera utama 20 megapiksel, sistem operasi Android 7.1 Nougat, memori dalaman sebesar 64GB dengan sokongan sdcard sehingga 256GB dan bateri sebesar 3180mAh.

ZTE menggunakan sepenuhnya keupayaan dan kelebihan “split-screen” sistem operasi Android yang mampu memaparkan perkara berbeza dalam dua skrin berlainan. Mereka mengatakan lebih 100 aplikasi android menyokong ciri-ciri tersebut. “Tablet-mode” akan diaktifkan apabila pengguna ingin memaparkan satu aplikasi menggunakan kedua-dua skrin smartphone tersebut menjadikan ia seakan sebuah tablet.

Axon M menyokong tiga fungsi skrin yang berbeza, dikenali sebagai Extended Mode, Dual Mode, dan Mirror Mode. Fungsi pertama, Extended Mode membolehkan satu aplikasi dipaparkan dalam dua skrin menjadikan ia seperti dibuka pada tablet. Fungsi kedua ialah Dual-Mode, membenarkan dua aplikasi berbeza digunakan serentak dan dipaparkan pada dua skrin peranti tersebut. Fungsi ketiga ialah Mirror Mode, membenarkan aplikasi yang sama dipaparkan pada kedua-dua skrin yang ada.

Peranti ini diberi jaminan oleh ZTE bahawa ia bakal dikemaskini kepada sistem operasi Android 8.0 Oreo disamping penawaran kemaskini berkala. Menyentuh mengenai soal bateri yang digunakan pada Axon M, ZTE mengatakan ia mampu bertahan sehari suntuk penggunaan walaupun dilengkapi dengan dua skrin HD penuh 1080p.

Buat masa ini, masih tidak diketahui samada ZTE Axon M ini akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak. Sebuah konsep yang menarik bagi kami dan sudah tentu akan ditawarkan pada harga tidak mampu milik.

sumber : theverge

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here