Xiaomi Redmi Note 4 Dan 4X Kini Menyokong Rom Android Mi A1

Xiaomi Redmi NoteĀ  4 dan Note 4X diperkenalkan pada awal 2017 yang lalu dilengkapi dengan sistem operasi MIUI8 berasaskan Android 6.0 Marshmallow. Peranti ini merupakan peranti bajet paling berbaloi untuk dimiliki ketika awal 2017 dan kini telah diambil alih oleh Xiaomi Mi A1.

Apa yang menariknya, sistem operasi stock Android Mi A1 kini telah diubahsuai supaya boleh digunakan pada Redmi Note 4 / 4X . Seorang pembangun custom rom yang dikenali sebagai GLokin666 menghasilkan rom Android One Mi A1 tersebut untuk pengguna Redmi Note 4/X yang masih dalam peringkat percubaan dan tidak stabil.

Ini boleh dikatakan antara smartphone tercantik untuk awal 2017. Review? Macam biasa dalam masa terdekat.

A post shared by soleheen.com (@soleheen_com) on

Pelbagai perkara masih tidak sempurna dan anda tidak digalakkan untuk mencuba rom tersebut jika tidak mempunyai asas mengenai pemasangan custom rom pada peranti pintar. Antara ciri-ciri yang masih belum berfungsi dengan baik ialah pengimbas cap jari berserta fungsi Infrared yang tidak dapat diselesaikan buat masa ini.

Baca Ulasan Kelebihan dan Kekurangan Redmi Note 4 Mediatek

Harus diingat bahawa custom rom ini hanya menyokong Xiaomi Redmi Note 4 yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625. Rujuk halaman XDA Dev untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pemasangan rom yang dimaksudkan.

Suka untuk kami ingatkan, pastikan anda tahu apa yang harus dilakukan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses ini. Pautan forum XDA Dev telah kami kongsikan di bahagian bawah.

Custom Rom Xiaomi Redmi Note 4X Android One

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here