Xiaomi Mi A1 Terima Kemaskini Baru – Bukan Android 8.0 Oreo

Xiaomi Mi A1 merupakan sebuah peranti Android One dengan prestasi cemerlang di luar jangkaan kami sendiri.  Hampir tiada isu serta masalah yang kami temui sepanjang menggunakannya. Ikuti ulasan awal team soleheen.com mengenai Xiaomi Mi A1.

Disebalik prestasi yang cemerlang dan amat baik, ramai pengguna smartphone bajet dilengkapi stock Android tersebut menantikan kemaskini sistem operasi Android terbaru Oreo 8.0. Bermula pada minggu ini, pihak Google dan Xiaomi mengeluarkan kemaskini baru untuk Mi A1 namun ianya bukan kemaskini Android 8.0.

October Security Patch merupakan kemaskini berkala dari pihak Google untuk memastikan peranti dibawah mereka dilengkapi dengan sistem sekuriti yang baik dan lebih stabil. Kemaskini tersebut juga bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu kecil yang mungkin membelenggu segelintir pengguna Xiaomi Mi A1.

Baca lebih lanjut : Home Launcher Pixel 2 Kini Boleh Dicuba Peranti Android 5.0+

Kemaskini bersaiz sebesar 118MB tersebut boleh dimuat turun bermula hari ini melalui peranti masing-masing.Bagi yang menggunakan Mi A1, anda cuma perlu pergi ke bahagian tetapan (setting) > pilih “About Phone” dan pilih “System Update” untuk memuat turun kemaskini terbaru.

Team kami akan mengeluarkan ulasan penuh peranti Xiaomi Mi A1 ini tidak lama lagi di saluran Youtube soleheen.com diikuti dengan artikel bertulis di laman web kami. Jangan lupa untuk ikuti akaun sosial media soleheen.com untuk lebih banyak info mengenai dunia peranti mudah alih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here