Xiaomi Mi A1 di Malaysia- Tanggapan Awal Selepas Unboxing

Xiaomi Mi A1 telah pun ditawarkan di Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu pada harga rasmi RM1099. Saya membuat keputusan untuk mencuba sendiri peranti dibawah program Android One ini untuk melihat bagaimana prestasi smartphone terbaru milik Xiaomi tersebut.

Terus ke point utama, Xiaomi Mi A1 ini mengkagumkan selepas mencubanya untuk beberapa ketika. Prestasi bateri yang sangat memuaskan hati, hasil gambar terbaik dihasilkan oleh dwi lensa Mi A1 dan rekabentuk badan yang selesa untuk dipegang walaupun menggunakan skrin 5.5 inci. Jangan lupa untuk menonton video ulasan awal saya dimana kesemua aspek dan kelebihan Mi A1 telah saya sentuh dengan lebih mendalam.

Kekuatan utama peranti bajet Xiaomi ini ialah sistem operasi stock Android 7.1.2 Nougat yang digunakan padanya. Bagi anda yang tidak meminati smartphone yang menggunakan Android yang telah diubah suai (Android Skin), ini merupakan pilihan tepat memandangkan ianya dijual pada lingkungan harga RM1000.

Mi A1 turut dilengkapi dengan ciri-ciri pengecasan pantas menggunakan port sambungan USB Type-C. Mengikut pemerhatian saya sendiri, peranti ini mengambil masa kira-kira 60 minit untuk dicas kepada 50 peratus. Ciri lain ialah penggunaan dwi-simkad yang turut berfungsi sebagai micro-sdcard slot, menyokong pengguna memori sehingga 128GB.

Berikut adalah statistik penggunaan bateri yang bagi saya, sangat memuaskan hati.

Statistik bateri ketika digunakan secara casual, “Light use” bukan heavy use.

Menyentuh mengenai prestasi kamera, kualiti yang dihasilkan oleh dwi-lensa pada Xiaomi Mi A1 ini bagi saya agak mengkagumkan bagi sebuah peranti bajet tanpa harga mencecah 3-4 ribu ringgit Malaysia.

Saya akan menyentuh lebih banyak perkara dengan lebih detail lagi dalam ulasan lengkap yang kaan dikeluarkan tidak lama lagi. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai peranti ini, boleh ajukan di ruangan komen dibawah. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di media sosial!

3 COMMENTS

    • OIS , EIS ni cuma ciri tambahan untuk stabilkan time ambik gambar. Time snap takde masalah, kamera ok. Unless tangan bergetar, or tengah bergerak, dekat situ mungkin kualiti terhasil tak mantap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here