Wallpaper Google Pixel 2 Kini Boleh Dipasang Pada Peranti Android 6.0+

Google Pixel 2 telah pun dilancarkan beberapa minggu yang lepas dan bagi mereka yang telah pun membuat tempahan peranti tersebut, ianya kini dalam proses penghantaran. Segalanya mengenai Google Pixel 2 dipuji dan dinobatkan sebagai peranti Android terbaik buat masa ini.

Antara perkara yang menarik perhatian kami mengenai Google Pixel 2 ini ialah koleksi wallpaper yang digunakan oleh smartphone tersebut. Google mengumpulkan beberapa imej daripada satelit dan dijadikan sebagai wallpaper. Sesuatu yang amat menarik dan sedap mata memandang.

Jika anda menggunakan smartphone berspesifikasi tinggi seperti siri cip pemprosesan Snapdragon 800 dan Android 6.0 Marshmallow keatas, anda boleh mencuba koleksi Live Wallpaper yang turut diambil daripada imej satelit. Salah satunya ialah Ombak di pantai dan kereta bergerak di jalanan antara gunung.

Pastikan peranti anda menggunakan spesifikasi tinggi bagi memastikan Live Wallpaper ini berfungsi dengan baik dan tidak mengganggu prestasi smartphone anda. Kami telah pun mencuba live wallpaper Google Pixel 2 ini pada peranti Android One, Xiaomi Mi A1 (Baca ulasan awal) namun agak mengecewakan dimana ia mengakibatkan smartphone tersebut menjadi lag dan berat.

Proses memasang wallpaper dan live wallpaper ini agak mudah. Anda hanya perlu memuat turun file APK yang telah diubahsuai > masukkan kedalam memori peranti anda > pasang seperti biasa. Harus diingat bahawa tak semua peranti menyokong wallpaper tersebut dan mungkin ada antara anda mengalami situasi dimana wallpaper yang diinginkan tidak dipaparkan.

Semak kesesuaian peranti anda melalui pautan XDA Dev yang kami sertakan. Berita kurang baik bagi mereka yang tidak menggunakan smartphone yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon, wallpaper yang dinyatakan berkemungkinan tidak dapat berfungsi pada peranti anda jika ia menggunakan cip pemprosesan Exynos milik Samsung, Kirin ataupun Mediatek. Ini kerana, ia direka khas untuk peranti dengan cip pemprosesan Snapdragon 800.

Jika anda mengalami masalah wallpaper tidak tersenarai atau tidak dipaparkan, cuba muat turun dan pasang aplikasi Wallpaper milik Google untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi pengguna peranti Samsung dan LG, hidupkan fungsi Samsung live wallpaper picker atau LG live wallpaper picker daripada Package Disabler.

Muat Turun Melalui Portal XDA Dev

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here