Sony Xperia XZ Premium Rosso Diperkenalkan – Merah Mengancam!

Sony Xperia XZ Premium Rosso akhirnya diperkenalkan dalam warna merah menyala dan buat masa ini masih tidak diketahui samada ia masih terhad kepada pasaran Jepun sahaja ataupun tidak. Sony melalui kenyataan media bertulis mengatakan smartphone kamera terbaik mereka itu akan mula dijual bermula minggu hadapan dan pengguna boleh menyemak dengan kedai rasmi Sony masing-masing sama ada ia ditawarkan atau tidak.

Sebelum ini kami menerbitkan artikel mengatakan Sony Xperia XZ Premium Red Rosso tersebut hanya akan ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja. Sony Jepun turut mengatakan peranti XZ Premium mereka akan dikemaskini kepada Android 8.0 Oreo bermula Disember 2017 yang akan datang.

Buat masa ini, tiada harga rasmi diperkenalkan dan XZP Rosso dijangka akan ditawarkan pada harga yang sama seperti edisi warna lain iaitu pada harga RM3699. Mengikut semakan kami setakat ini, kebanyakkan penjual tempatan telah pun menawarkan peranti tersebut pada harga yang lebih murah iaitu sekitar RM3300.

Baca :  Nokia 7 Kini Rasmi- Apa Yang Menarik?

Menyentuh mengenai spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835, 4GB ram, kamera utama 19 megapiksel dengan kemampuan merakam video gerak perlahan pada kadar 960 fps, skrin 4K sebesar 5.5 inci,  memori dalaman 64GB dengan sokongan sdcard sehinga 256GB dan bateri sebesar 3230mAh.

sumber rujukan : Sony

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here