Senarai Smartphone Sony Xperia Yang Bakal Terima Android 8.0 Oreo

Jika anda tertanya-tanya samada peranti Sony Xperia yang sedang digunakan akan dikemaskini kepada Android 8.0 Oreo ataupun tidak, semak melalui senarai yang kami kongsikan di bahagian bawah ini.

Sony pada lewat tahun 2017 ini telah pun melancarkan dua peranti baru mereka yang hadir dilengkapi dengan Android 8.0 Oreo. Berita baik buat pengguna model lain dalam jenama tersebut, pihak Sony mengumumkan sejumlah smartphone mereka akan dikemaskini kepada sistem operasi terbaru Google dalam masa akan datang.

Dua peranti yang sedia dilengkapi dengan Android 8.0 Oreo ialah Sony Xperia XZ1 dan juga Xperia XZ1 Compact. Anda boleh dapatkan Sony Xperia XZ1 pada harga pengenalan RM2999 jika tidak sabar untuk menggunakan peranti Xperia dengan Android 8.0 Oreo. Manakala baki smartphone  dibawah akan menerima kemaskini secara berperingkat.

Model Information about released software
Xperia™ XZ1 Launched on Android™ 8.0
Xperia™ XZ1 Dual SIM Launched on Android™ 8.0
Xperia™ XZ1 Compact Launched on Android™ 8.0
Xperia™ XZ Premium Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XZ Premium Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XZ Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XZ Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XZs Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XZs Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XA1 Plus Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XA1 Plus Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XA1 Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XA1 Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XA1 Ultra Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ XA1 Ultra Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ X Performance Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ X Performance Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ X Compact Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ X Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ X Dual SIM Will be updated to Android™ 8.0
Xperia™ Touch Will be updated to Android™ 8.0

 

Jika dilihat daripada senarai yang dikongsikan oleh pihak Sony Xperia sendiri, siri Sony Xperia Z5 dikecualikan daripada kemaskini sistem operasi terbaru Google. Mungkin disebabkan oleh ianya diperkenalkan pada tahun 2015 yang lalu dan tidak lagi disokong untuk kemaskini besar. Kebiasaannya, setiap peranti hanya akan menerima kemaskini utama untuk tempoh masa setahun atau dua tahun selepas ia dikeluarkan.

Video terbaru : Ulasan Awal Xiaomi Mi A1

Dalam perkembangan lain, pihak Sony Jepun mengatakan bahawa siri Xperia XZ Premium akan menerima kemaskini Android Oreo sekitar Disember akan datang. Pilihan warna baru iaitu merah terang turut diperkenalkan oleh Sony dan dipanggil sebagai Xperia XZ Premium Rosso.

sumber rujukan : Sony Xperia

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here