Nokia 7 Kini Rasmi- Apa Yang Menarik?

Nokia 7 diperkenalkan kepada pengguna hari ini sekaligus melengkapkan siri nombor yang dimiliki oleh Nokia (HMD Global). Sebelum ini, pihak HMD Global memperkenalkan Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6 dan peranti flasghip mereka Nokia 8 yang mendapat pujian ramai mengenai prestasi cemerlang peranti flasghip tersebut.

Nokia 7 pula hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan, berada di tengah-tengah antara Nokia 6 dan Nokia 8, sesuai dengan nama yang digunakan. Cip pemprosesan Snapdragon 630 digunakan dibantu dengan ram sebesar 4GB dan 6GB, kamera utama 16 megapiksel dan 5 megapiksel di bahagian hadapan, Android 7.1.1 Nougat sebagai sistem operasi serta dijanjikan kemaskini kepada Android 8.0 Oreo, skrin IPS 5.2 inci beresolusi 1080p dan bateri sebesar 3,000mAh.

Jika dilihat pada spesifkasi yang digunakan, terdapat dua model berasingan diperkenalkan. Nokia 7 hadir dalam dua saiz ram iaitu 4GB dilengkapi memori dalaman sebesar 64GB dan 6GB ram dengan memori dalaman sebesar 128GB. Ini menjadikan peranti ini sebagai sebuah smartphone kelas pertengahan yang kompetetif.

Nokia 7 turut dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan lain yang biasa anda jumpa, port sambungan USB Type-C, pengimbas cap jari dibahagian belakang dan fungsi pengecasan pantas. Apa yang menariknya, smartphone ini turut mempunyai rating IP54 yang menjadikan ia sebagai peranti kalis percikan air.

Dah baca? :  Xiaomi Mi A1 di Malaysia- Tanggapan Awal Selepas Unboxing

Smartphone ini turut dilengkapi dengan fungsi yang dipanggil “camera boothies” dimana dua kamera utama dan hadapan mampu mengambil gambar secara serentak dan kemudiannya digabung menjadi satu imej. Nokia OZO Audio pula merupakan satu fungsi dimana peranti ini mampu merakamkan kualiti audio yang lebih baik berbanding pesaingnya.

Buat masa ini, Nokia 7 hanya dilancarkan di China pada harga pengenalan sekitar RM1600 bagi versi 4GB ram dan RM1700+- bagi versi 6GB ram dan 128GB memori. Tiada maklumat rasmi dikongsikan buat masa ini mengenai Nokia 7 untuk pasaran antarabangsa.

sumber rujukan : GSMArena, TheVerge

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here