Senarai Smartphone Motorola Yang Bakal Terima Android 8.0 Oreo

Kemaskini Android 8.0 Oreo merupakan satu perkara yang amat dinanti-nantikan oleh pengguna smartphone tanpa mengira jenama apa sekalipun yang digunakan. Apa yang pasti, hanya peranti terbaru sahaja yang akan dikemaskini oleh mana-mana pengeluar smartphone.

Bagi pengguna peranti Motorola dibawah Lenovo, ini senarai pendek smartphone Motorola yang akan terima kemaskini sistem operasi terbaru Android 8.0 Oreo. Melihat kepada senarai yang dikeluarkan, hanya smartphone Motorola tertentu sahaja yang akan dikemaskini. Beberapa peranti bajet terbaru milik mereka berkemungkinan tidak akan menerima Android 8.0 Oreo.

Bagi pengguna di Malaysia, semakan kami di halaman web Motorola sendiri, empat peranti disenarai pendek iaitu Motorola Z2 Play, Motorola Moto G5 Plus, Motorola Moto Z dan Motorola Moto Z Play.

Baca Lebih Lanjut : Ulasan Awal Xiaomi Mi A1 – Peranti Terbaik Sekitar RM1000

Peranti bajet milik Motorola seperti Moto C, Moto E dan siri Moto G4 serta Moto M tidak termasuk dalam senarai smartphone mereka yang akan dikemaskini kepada Android 8.0 Oreo di masa hadapan. Ini mungkin akan mengecewakan pengguna peranti tersebut memandangkan Moto C dan Moto E boleh dianggap antara smartphone terbaru milik Motorola.

Buat masa ini, tiada maklumat lain dikongsikan termasuk waktu kemaskini tersebut akan dikeluarkan kepada pengguna di Malaysia. Sama-sama kita nantikan itupun jika peranti anda termasuk dalam senarai yang dikeluarkan.

sumber rujukan : Motorola Support Page melalui Pokde.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here