Home Launcher Pixel 2 Kini Boleh Dicuba Peranti Android 5.0+

Apabila kami memutuskan untuk mencuba Launcher Google Pixel 2, ia membuatkan Nova launcher dilupakan untuk seketika sehingga kini. Konsep minimalistik yang digunakan pada launcher tersebut yang bertujuan untuk memudahkan pengguna sememangnya harus dipuji.

Sebelum ini,  sejak menggunakan Nova Launcher sebagai home launcher utama pada smartphone milik kami, tiada launcher yang dapat menggantikan Nova launcher sebagai aplikasi launcher terbaik yang pernah kami cuba. Namun ianya berubah apabila launcher milik peranti terbaru daripada Google tersebut dicuba oleh kami sendiri pada Xiaomi Mi A1.

 

 

 

Anda hanya perlu swipe keatas untuk membuka menu yang dipaparkan dalam bentuk menegak dan jika terlau banyak aplikasi pada bahagian menu, fungsi carian diletakkan di bahagian atas senarai aplikasi, memudahkan pengguna untuk mencari aplikasi yang telah dipasang.

Launcher Pixel 2 ini turut dilengkapi dengan widget cuaca lengkap dengan kalendar, sekaligus menjimatkan masa untuk anda muat turun aplikasi cuaca berasingan hanya untuk menggunakan widget untuk diletakkan di paparan skrin utama.

Baca Lebih Lanjut : Ulasan Awal Xiaomi Mi A1 – Peranti Terbaik Sekitar RM1000

Swipe ke sebelah kanan akan membuka halaman Google Now yang seperti anda sendiri ketahui akan memaparkan segala info berkaitan perkara yang anda minat seperti muzik video terbaru, berita dalam dan luar negara serta pelbagai perkara lagi. Bagi yang rajin menggunakan fungsi Google Search pada peranti masing-masing, widget carian Google terdapat di belah bawah launcher tersebut, sekaligus memberikan akses mudah kepada carian Google melalui smartphone anda.

Versi terbaru ini tampak lebih stabil tanpa sebarang isu dan masalah yang dapat kami kesan. Proses pemasangan sangat mudah dimana anda hanya perlu muat turun file apk, masukkan kedalam memori telefon dan pasang seperti biasa. Untuk memasang aplikasi ini juga tidak memerlukan akses root pada peranti masing-masing.

Smartphone anda akan lebih kelihatan seperti Google Pixel 2 apabila aplikasi home launcher peranti tersebut digunakan bersama koleksi wallpaper dan live wallpaper Google Pixel 2 yang kini turut boleh dipasang pada mana-mana peranti Android yang menggunakan Android 6.0 keatas.

Muat Turun Melalui Halaman XDA Dev

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here