Harga Xiaomi Redmi Note 5A Di Malaysia Bermula RM549 – Berbaloi Atau Tidak?

Harga Xiaomi Redmi Note 5A di Malaysia kini diketahui apabila peranti tersebut mula ditawarkan oleh penjual tempatan pada harga RM549 lengkap dengan waranti dari pihak Mi Malaysia. Smartphone tersebut diperkenalkan pada bulan Ogos yang lalu memfokuskan kepada segmen peranti bajet untuk para pengguna.

Menyentuh mengenai spesifkasi yang digunakan oleh Redmi Note 5A ini, cip pemprosesan Snapdragon 425 digunakan dan dibantu dengan ram sebesar 2GB, sistem operasi MIUI9 berasaskan Android 7.1 Nougat, memori dalaman 16GB dengan sokongan sdcard, skrin 5.5 inci beresolusi 720p, kamera utama 13 megapiksel dengan teknologi PDAF dan bateri sebesar 3080mAh.

Dah baca? Smartphone Terbaik 2017 Untuk IbuBapa Anda Sekitar RM1000

Apa yang jelas ialah, kehadiran Redmi Note 5A memberikan pengguna lebih banyak pilihan dalam memilih peranti terbaik bersesuaian dengan bajet masing-masing. Skrin yang lebih besar turut menjadi kelebihan berbanding dua model berasingan, Redmi 4X dan Redmi 4A yang dilengkapi skrin bersaiz 5 inci dan spesifikasi yang tidak jauh berbeza.

Artikel Lain : Google Pixel 2 – Kini Rasmi!

Bagfi anda yang tidak meminat sistem operasi MIUI9 akan tetapi tetap mahukan peranti Xiaomi, pihak Mi Malaysia telah pun menawarkan peranti Xiaomi Android One mereka, MI A1 untuk pengguna di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here