Harga Google Pixel 2 XL Di Malaysia – Smartphone 6 inci Terbaik

Harga Google Pixel 2 XL Di Malaysia kini diketahui selepas Techbug.my turut membuka slot tempahan untuk peranti bersaiz 6 inci yang diperkenalkan oleh Google serentak bersama Google Pixel 2 pada 4 Oktober 2017.

Kami telah pun menyentuh mengenai ciri-ciri Google Pixel 2 XL ini dalam artikel Google Pixel 2 – Kini Rasmi dan anda boleh menyemak spesifikasi asas peranti ini melalui infografik dibawah.

Secara ringkasnya, Google mengemaskini perant mereka dengan spesifikasi dan fungsi yang tidak boleh dipandang ringan. Kedua-dua peranti mereka turut menguasai cara kamera terbaik DXOMark yang memberi skor keseluruhan sebanyak 98, memecahkan rekod iPhone 8+ dan Samsung Galaxy Note 8.

Google Pixel 2 XL turut hadir dengan fungsi Active Edge yang membenarkan pengguna memicit bahagian sisi untuk melakukan carian Google melalui Google Assistant, ciri-ciri kalis air termasuk skrin yang menyokong ciri Circular Polarizer yang membantu memberikan pengalaman lebih baik buat pengguna kacamata.

Techbug.my telah membuka slot tempahan untuk Google Pixel 2 XL dimana harga yang ditawarkan bermula sebanyak RM4199. Jika anda merasakan Pixel 2 XL terlalu besar buat anda, Google Pixel 2 yang lebih kecil boleh ditempah pada harga bermula RM3299.

Pra-Tempah Sekarang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here