Harga Google Pixel 2 Di Malaysia RM3299 – Berkuasa Serta Mengancam

Harga Google Pixel 2 di Malaysia akhirnya diketahui apabila kedai atas talian Techbug.my mula membuka slot tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan peranti Android terbaik milik Google tersebut.

Pixel 2 merupakan versi kemaskini generasi terdahulu Pixel yang menggantikan siri smartphone Nexus. Ia kini dilengkapi dengan spesifikasi terbaik yang boleh anda dapatkan pada sesebuah smartphone termasuk menggunakan sistem operasi stok Android 8.0 Oreo. Siri Pixel, seperti Nexus, dihasilkan oleh Google dengan kerjasama pengeluar peranti Android lain bagi menunjukkan potensi sebenar sistem operasi Android terbaru mereka disamping menawarkan sesuatu yang premium kepada pengguna.

Menyentuh mengenai spesifikasi yang digunakan, Pixel 2 dilengkapi cip pemprosesan tercanggih milik Qualcomm iaitu Snapdragon 835, dibantu dengan ram sebesar 4GB, kamera utama 12 megapiksel, kamera hadapan 8 megapiksel, skrin 1080p bersaiz 5 inci dengan paparan 16:9 dan bateri sebesar 3,400mAh.

Dah baca ke belum artikel Google Pixel 2 Kini Rasmi! ?

Peranti ini turut hadir dengan fungsi yang dikenali sebagai “Active Edge”. Fungsi yang sama terdapat pada HTC U11 yang membenarkan pengguna untuk memicit pada bahagian sisi untuk melakukan carian Google. Fungsi lain ialah “Always On-Display”, sebuah ciri-ciri yang memaparkan maklumat semasa pada skrin anda walaupun ketika tidak digunakan. Jika anda tertanya-tanya samada peranti terbaru milik Google ini kalis air atau tidak, jawapan nya ialah ya. Google kali ini dilihat prihatin dengan pengguna yang memakai kacamata dimana mereka telah memasukkan fungsi Circular Polarizer, memudahkan lagi pengguna berkacamata menggunakan siri Google Pixel.

Jika itu tidak cukup menarik bagi anda, DXOMark hadir dengan skor terbaru mereka untuk Google Pixel 2 dimana mereka memberikan skor tertinggi yang belum pernah diberi kepada mana-mana peranti pintar. Pixel 2 skor markah keseluruhan sebanyak 98 sekaligus memecahkan rekod DXOmark yang didominasi oleh iPhone 8+ dan Samsung Galaxy Note 8.

Berita baik buat peminat Google Pixel 2 di Malaysia, anda sudah boleh mula membuat tempahan melalui Techbug.My pada harga bermula RM3299, sebuah kedai atas talian yang tidak asing lagi serta mempunyai reputasi terbaik dalam menawarkan peranti-peranti Google.

Tempah Sekarang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here