Google Pixel 2 – Kini Rasmi!

Google Pixel 2, ini antara smartphone yang amat kami nantikan kemunculannya. Sebuah peranti yang direka khas oleh Google dengan kerjasama pengeluar peranti lain seperti HTC dan LG, diperkenalkan bertujuan untuk menunjukkan kepada pengguna potensi sebenar sistem operasi Android yang dihasilkan oleh Google.

Apa Cerita Setakat Ini ?

Pada tahun ini, penyambung legasi Pixel terdahulu diperkenalkan. Pixel 2 kini diperkenalkan secara rasmi dengan sistem operasi baru, Android 8.0 Oreo, cip pemprosesan tercanggih milik Qualcomm, dua model berlainan saiz yang dihasilkan oleh LG.

Google Pixel 2

Seperti yang anda ketahui melalui informasi awal yang tersebar, Pixel 2 dilengkapi spesifikasi terkini seperti cip pemprosesan Snapdragon 835, 4GB ram, kamera utama 12 megapiksel, skrin 1080p bersaiz 5 inci dengan paparan 16:9 yang masih dikekalkan dan memori dalaman sebesar 64GB / 128GB.

Google Pixel 2 XL

Google Pixel 2 XL merupakan Pixel dengan skrin yang lebih besar. Ia dilengkapi dengan skrin QHD+ bersaiz 6 inci dengan paparan 18:9 menyerupai beberapa smartphone flagship terkini, cip pemprosesan Snapdragon 835, 4GB ram, kamera utama 12 megapiksel dan memori dalaman sebesar 64GB/ 128GB.

Jika anda merasakan Google Pixel 2 XL ini seperti biasa dilihat, ini disebabkan oleh peranti tersebut dihasilkan oleh LG dengan mengambil inspirasi rekaan LG V30 yang baru sahaja diperkenalkan. Google juga dikatakan akan mengikut jejak langkah Apple dengan membuang headphone-jack pada peranti terbaru mereka kelak.

Peranti ini turut hadir dengan fungsi yang dikenali sebagai “Active Edge”. Fungsi yang sama terdapat pada HTC U11 yang membenarkan pengguna untuk memicit pada bahagian sisi untuk melakukan carian Google. Fungsi lain ialah “Always On-Display”, sebuah ciri-ciri yang memaparkan maklumat semasa pada skrin anda walaupun ketika tidak digunakan. Jika anda tertanya-tanya samada peranti terbaru milik Google ini kalis air atau tidak, jawapan nya ialah ya. Google kali ini dilihat prihatin dengan pengguna yang memakai kacamata dimana mereka telah memasukkan fungsi Circular Polarizer, memudahkan lagi pengguna berkacamata menggunakan siri Google Pixel.

Dah Baca ? Harga Google Pixel 2 XL Di Malaysia dan Harga Google Pixel 2 Di Malaysia RM3299 

Jika itu tidak cukup menarik bagi anda, DXOMark hadir dengan skor terbaru mereka untuk Google Pixel 2 dimana mereka memberikan skor tertinggi yang belum pernah diberi kepada mana-mana peranti pintar. Pixel 2 skor markah keseluruhan sebanyak 98 sekaligus memecahkan rekod DXOmark yang didominasi oleh iPhone 8+ dan Samsung Galaxy Note 8.

Apa yang membezakan antara dua model tersebut ialah cuma pada bahagian rekabentuk, paparan serta saiz skrin. Google Pixel 2 XL hadir dengan rekaan skrin hampir penuh namun tidak ketara seperti kebanyakkan model dengan rekaan yang sama. And mungkin akan merasa kecewa apabila mengetahui ia tidak seperti Essential PH-1 ataupun Xiaomi Mi Mix yang telah pun ditawarkan di Malaysia.

Dimana Anda Boleh Mendapatkannya di Malaysia?

Mengikut informasi awal yang tersebar, Google Pixel akan mula dijual pada 19 Oktober manakala Google Pixel 2 XL akan mula diedarkan pada 19 November 207 selepas pra-tempahan dibuka.

Anda boleh mendapatkan smartphone milik Google ini daripada kedai atas talian yang tidak asing lagi dalam membawa masuk smartphone terkini iaitu Techbug.My. Pra-tempahan untuk anda yang berada di Malaysia boleh dibuat sebaik sahaja Google membuka mengumumkannya. Kami telah menghubungi pihak Techbug.my dan pra-tempahan mula dibuka pada harga permulaan RM3299.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here