Google Pixel 2 Rampas Status Kamera Terhebat – Ketepi iPhone 8+

Google Pixel 2 hari ini menjadi sebutan netizen terutama mereka yang meminati dunia teknologi mudah alih. Pelancaran rasmi diadakan awal pagi 5 Oktober (waktu Malaysia) mendedahkan segala informasi berkaitan peranti Android terbaik yang boleh anda dapatkan ketika ini.

Jika dilihat secara atas kertas, Google Pixel 2 merupakan peranti terbaik dari segi spesifikasi walaupun ada yang mempertikaikan dari segi saiz bateri yang digunakan oleh Pixel 2 dan kamera 12 megapiksel nya.

Jika anda tertanya-tanya mengenai kemampuan kamera utama 12 megapiksel, DXOMark memberikan skor kesuluruhan sebanyak 98 kepada peranti Google tersebut. Seperti yang dijangkakan, Google Pixel 2 kembali merampas takhta kamera smartphone terbaik selepas Google Pixel generasi pertama melakukannya.

Baca Lebih Lanjut Kamera Sony Xperia XZ Premium Belum Cukup Hebat – DXOMark 

Sebelum ini, kamera terbaik pada sesebuah peranti dipegang oleh iPhone 8+ dengan skor sebanyak 94 skor, Samsung Galaxy Note 8 kemudiannya hadir menolak iPhone 8+ ketepi sikit untuk berkongsi kedudukan di tangga pertama.

Baca Lebih Lanjut  Google Pixel, HTC U11 Bukan Lagi Peranti Kamera Terbaik – iPhone 8+ Ambil Alih

Google pula hadir awal pagi tadi mengumumkan Google Pixel 2 telah menolak kedua-dua phone jauh kebelakang untuk memegang status kamera terbaik yang terdapat pada peranti mudah alih. Menurut laman web penganalisa keupayaan lensa kamera tersebut, Google Pixel 2 menunjukkan prestasi cemerlang dan terbaik dalam keadaan cahaya terang, kurang cahaya, kualiti gambar terbaik apabila menggunakan lampu flash, penghasilan warna gambar yang amat baik dan kualiti rakaman video yang cemerlang.

Anda boleh membaca ulasan penuh DXOMark di laman web mereka dan jika berminat untuk mendapatkan peranti ini, pihak Techbug/my telah pun membuka slot tempahan bagi mereka yang tidak sabar untuk mendapatkannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here