Digimonlinks – Game Digimon Untuk Smartphone Anda

Jika anda merupakan seoarang peminat siri Digimon seperti kami satu ketika dahulu dan pernah memiliki Digivice untuk memelihara Digimon, ini satu berita baik buat anda. Permainan Digimonlinks dari pada pengeluar Bandai Namco Entertainment telah pun sedia dimuat turun oleh pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Digimonlinks merupakan satu permainan dimana anda akan memelihara Digimon dan membesarkannya sebelum melawan Digimon yang dimiliki pemain lain. Kami telah pun mencubanya pada komputer sendiri menggunakan perisian Android Windroye.  Konsep permainan yang amat menarik dan hampir menyerupai konsep memelihara Digimon menggunakan Digivice tak lama dahulu.

Apa yang menariknya ialah, Digimon anda turut boleh bertukar disamping boleh menangkap Digimon lain bagi menambah koleksi sendiri. Permainan ini mengkehendaki pemain untuk membina kawasan untuk melatih Digimon masing-masing. Satu tempat dikenali sebagai Farm akan diberi dan anda perlu membangunkan farm tersebut untuk memelihara Digimon anda.


Bagi kami yang kurang meminati permainan mudah alih, game ini walaubagaimanapun agak menyeronokkan dan mengembalikan nostalgia bermain Digivice ketika kecil dahulu. Muat turun game ini dari Playstore melalui pautan dibawah. Pastikan peranti anda mempunyai sambungan wifi atau data bagi membolehkan data game dimuat turun.

Muat turun Digimonlinks

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here