Android 8.0 Oreo Untuk Xperia XZ Premium Dikeluarkan Disember Ini

Android 8.0 Oreo untuk Sony Xperia XZ Premium bakal dikeluarkan pada Disember 2017 yang akan datang, itu perkara yang telah pun disahkan oleh pihak Sony Jepun baru-baru ini. Mereka bagaimanapun tidak berkongsi soal kemaskini peranti Sony yang lain, meninggalkan pengguna dalam keadaan tertanya-tanya.

Ini merupakan petunjuk baik bahawa kemaskini untuk smartphone Sony Xperia XZ Premium diluar pasaran Jepun berkemungkinan akan dikemaskini dalam waktu yang sama ataupun lebih awal. Smartphone tersebut diperkenalkan dengan spesifikasi terbaik boleh didapati pada peranti untuk tahun 2017 ini.

Sony juga memperkenalkan pilihan warna baru untuk smartphone tersebut yang kini boleh didapati dalam warna merah garang. Satu warna yang bagi kami sangat menarik dan kelihatan “berani”. Ia bagaimanapun hanya terhad untuk pasaran Jepun. Tiada tanda-tanda peranti tersebut akan dipasarkan di luar Jepun.

Dah baca? :  Xiaomi Mi A1 di Malaysia- Tanggapan Awal Selepas Unboxing

Sony Xperia XZ Premium juga hadir sebagai smartphone pertama yang dilengkapi kamera canggih dimana ia mampu merakamkan video gerak perlahan pada kadar setinggi 960 fps. Kamera peranti tersebut walaubagaimanapun menurut DXOMark, dikatakan tidak sehebat kamera smartphone lain yang setaraf dengannya.

Harga Sony Xperia XZ Premium di Malaysia buat masa ini dijual pada harga sekitar RM3300+- , satu harga yang tidak berapa kompetetif jika hendak dibandingkan dengan beberapa model flasghip jenama lain seperti OnePlus 5 dan HTC U11 yang lebih banyak dipuji akan prestasi cemerlang peranti tersebut.

sumber rujukan : xperia blog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here