Android 8.0 Oreo Untuk Smartphone Samsung Dikeluarkan Awal 2018

Kemaskini Android 8.0 Oreo untuk smartphone Samsung sememangnya amat dinantikan oleh pengguna peranti jenama tersebut. Berita baik jika anda tergolong dalam golongan pemilik smartphone Samsung, pihak Samsung Turki melalui portal rasmi mereka mengatakan bahawa kemaskini tersebut akan dikeluarkan pada awal 2018.

Mereka turut mengatakan bahawa proses menyediakan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk smartphone Samsung telah pun dimulakan dan pengguna hanya perlu menunggu ia dikeluarkan secara rasmi. Tiada peranti yang disenaraikan namun anda boleh menjangkakan pihak Samsung akan mengemaskini peranti flagship mereka terlebih dahulu sebelum model lain menyusul.

Nasib smartphone bajet mereka buat masa ini tidak diketahui samada akan menerima kemaskini serupa atau akan kekal dengan Android 7.0 Nougat dan 6.0 Marshmallow. Pihak Samsung juga mengatakan bahawa smartphone mereka akan menjadi lebih pantas dan lebih stabil terutama ketika membuka aplikasi. Mereka juga akan menyertakan fungsi Night Mode untuk memudahkan pengguna menggunakan peranti pintar mereka ketika waktu malam. Beberapa ciri lain yang diperkenalkan pada Android 8.0 Oreo akan turut diintegrasikan pada kemaskini akan datang.

Untuk rekod, beberapa pengeluar lain telah pun mula mengeluarkan kemaskini serupa dan antara yang terawal menerimanya ialah Sony Xperia XZ Premium sejak beberapa hari yang lalu. Peranti flagship Sony tersebut turut diperkenalkan dalam pilihan warna merah terang dikenali sebagai Rosso. Lebih kurang 11 moodel lain jenama tersebut akan menerimanya secara berperingkat.Motorola juga hadir dengan senarai lengkap peranti mereka yang akan dikemaskini kepada Android 8.0 Oreo .

Jika anda ingin mengetahui samada peranti di tangan anda akan dikemaskini atau tidak, salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan melihat tarikh smartphone tersebut dikeluarkan. Kebanyakkkan pengeluar memberikan jaminan kemaskini utama untuk tempoh satu tahun atau dua tahun selepas sesuatu model diperkenalkan.

Jadi, peranti anda tersenarai atau tidak ?

sumber : XDA Dev | Samsung Turkey (Guncelmiyiz)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here