Senarai Pengeluar Aksesori Rasmi Untuk Google Pixel 2

Selepas pelancaran Google Pixel 2 dibuat beberapa minggu yang lalu, pihak Google turut hadir dengan halaman khas menyenaraikan pengeluar aksesori rasmi untuk peranti terbaru mereka. Ini memudahkan lagi pengguna untuk memilih aksesori yang bersesuaian dan berkualiti untuk smartphone masing-masing.

Oh, jika anda mencari dan tertanya-tanya harga Google Pixel 2 di Malaysia dan dimana anda boleh mendapatkan Google Pixel 2 di Malaysia, kami telah pun menerbitkan artikel khas mengenai pra-tempahan Google Pixel 2 melalui Techbug.my.

Kesemua jenama yang tersenarai mengeluarkan aksesori khusus untuk Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL dimana produk yang dikeluarkan dibuat mengikut  standard yang ditetapkan dan diperakui oleh pihak Google.

Google mengeluarkan badge khusus “Made for Google” bagi menandakan sesuatu jenama itu diperakui menepati standard aksesori untuk peranti Google termasuk Google Pixel Book yang diperkenalkan bersama-sama Pixel 2. Kebanyakkan aksesori yang ditawarkan meliputi casing, smartphone sticker, headphones, pelindung skrin, sambungan adapter dan pelbagai lagi.

Google turut menyenaraikan pengeluar headphones Libratone sebagai pembekal aksesori rasmi untuk headphones bagi peranti Pixel 2 mereka. Ini termasuk headphones khas yang mempunyai sambungan USB Type-C memandangkan Pixel 2 diperkenalkan tanpa headphone jack padanya.

Mungkin kebanyakkan bagi anda telah pun mengenali jenama yang disenaraikan seperti DBrand, Under Armour, Belkin, Otter Box dan beberapa yang lain. Semak senarai jenama yang diperakui oleh Google melalui halaman rasmi Made for Google di https://get.google.com/madefor/ .

Bagi kami, ini merupakan satu langkah yang baik memudahkan pengguna peranti rasmi mereka untuk mencari aksesori yang bersesuaian dan berkualiti tinggi untuk smartphone dan gajet masing-masing. Kudos Google!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here