Smartphone Terbaik 2017 Untuk IbuBapa Anda Sekitar RM1000

Smartphone terbaik 2017 untuk golongan ibubapa atau orang dewasa. Ini dilema anak-anak yang dihujani soalan “bang,kak, telefon pintar apa sesuai untuk mak? Mak nak wujudkan group whatsapp bergosip dengan makcik kiah kau ni ha”.

Ciri-ciri spesifikasi dibawah saya senaraikan berdasarkan tujuan utama ibubapa atau orang dewasa menggunakan peranti pintar. Secara umumnya, kebanyakkanya adalah pengguna secara casual yang rajin menggunakan whatsapp, telegram, menerima dan menghantar gambar kepada senarai contact. Itu secara umumnya lah. Ada yang berbeza cara.

Bagaimana dengan golongan professional, ahli bisnes atau yang berduit? Boleh pilih iPhone, Samsung Galaxy Note 8/S8 atau pilih dari senarai Smartphone Terbaik 2017 yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835.

Berikut ialah smartphone pilihan saya yang dirasakan sesuai untuk golongan ibubapa dan orang dewasa sekitar RM1000. Kesemua yang dipilih merupakan peranti tahun 2017 kecuali Lenovo P2 pada September 2016. Penilaian dibuat berdasarkan spesifikasi yang disenaraikan dibahagian bawah artikel ini.

1- Saiz Memori Terbina (Internal Memory) yang besar

  • Ini ciri-ciri paling penting. Memudahkan mereka menyimpan segala gambar yang diambil menggunakan kamera atau diterima dari group chatting yang disertai. Lebih baik lagi apabila smartphone tersebut menyokong penggunaan memori kad (micro sdcard).

2- Saiz RAM yang besar.

  • Lagi besar lagi baik. Paling kurang 2GB ram. Jika anda perhatikan, kebanyakkan pengguna/ ibubapa tidak menutup aplikasi selepas ia dibuka/digunakan. Aplikasi disimpan (in background), jadi saiz ram yang besar akan membantu melancarkan penggunaan smartphone.
  • Situasi kedua (mungkin tak semua). Galeri mengandungi ribuan gambar/video akibat rasa sayang nak delete. Saiz ram yang besar akan membantu mengelakkan peranti dari tersangkut-sangkut ketika membuka galeri dan melihat gambar/menonton video.

3- Cip pemprosesan yang baik

  • Fokus artikel kali ini ialah untuk melihat peranti pintar bajet, jadi dalam hal ini, cip pemprosesan (processor) kelas pertengahan seperti Snapdragon 6xx series sudah mencukupi. Terdapat beberapa peranti lama yang menggunakan siri cip pemprosesan Snapdragon 8xx juga boleh didapati dengan harga bawah RM1000.
  • Bagaimana dengan cip pemprosesan lain seperti Exynoss milik Samsung dan Mediatek ? Hal ini agak panjang jika ingin dibincangkan di dalam artikel ini. Apa yang saya boleh katakan ialah untuk kelas pertengahan, Snapdragon lebih baik.

4- Saiz skrin yang besar

  • Skrin yang kecil kadangkala akan menyusahkan pengguna yang mempunyai masalah penglihatan kabur. Saiz skrin yang besar ditambah dengan tetapan yang betul seperti saiz tulisan besar pada telefon pintar lebih digemari kebanyakkan ibubapa.

5- Saiz bateri

  • Ini boleh tahan penting. Pilih peranti dengan saiz bateri yang besar atau peranti dengan ketahanan bateri yang diakui hebat.

Rasanya itu 5 ciri-ciri penting yang perlu anda titik beratkan ketika memilih atau mencadangkan smartphone untuk ibubapa anda atau orang dewasa. Soal kamera, sambungan LTE, versi Android yang digunakan serta aspek kecil lain mungkin boleh ditolak tepi buat sementara waktu.

Kenapa tiada smartphone “terkenal” yang tersenarai ?

Pemilihan kali ini saya buat berdasarkan smartphone paling berbaloi boleh anda beli dalam harga sekitar RM1000. Smartphone yang manakah paling baik dan ok dari segi spesifikasi dan prestasi jika anda membelinya pada harga RM1000.

Adapun Samsung, Sony, HTC, Blackberry termasuk OPPO tiada yang menawarkan smartphone bajet yang berbaloi untuk dibeli. Jenama-jenama terkenal ini tidak dinafikan ada menawar peranti dibawah RM1000, namun apabila dibandingkan spesifikasi dengan harga yang ditawarkan, tiada yang menarik dan berbaloi.

Xiaomi seperti yang umum ketahui, merupakan juara dalam menawarkan peranti mampu milik terutama dalam segmen bawah RM1000. Kualiti peranti yang ditawarkan jika mengikut pengalaman saya sendiri, memang di tahap terbaik dan memuaskan hati.

Apa-apa pun, ini hanyalah cadangan untuk membantu anda mendapat idea mengenai apa yang terbaik untuk dibelanjakan. Lebih banyak artikel panduan akan dikeluarkan selepas ini, jadi jangan lupa untuk ikuti kami di halaman rasmi Facebook, Twitter, Youtube serta Instagram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here