Motorola Moto G5 Plus Di Malaysia Terima Potongan Harga Sementara – RM1099

Motorola Moto G5 Plus di Malaysia kini terima potongan harga sementara menjadikan ianya jauh lebih mampu milik, berpatutan serta berbaloi untuk dimiliki. Peranti terbaru dalam siri Moto G tersebut yang sebelum ini dijual pada harga rasmi RM1299 kini berharga RM1099.

Promosi dari Motorola Malaysia itu walaubagaimanapun hanya sah sehingga 2 Oktober dan setiap pembelian akan mendapat barangan percuma yang berjumlah RM676. Jika dilihat dari spesifikasi yang digunakan, Moto G5 Plus merupakan peranti bajet yang berbaloi untuk dibeli.

Pesaing terdekat Moto G5 Plus? Sudah tentu peranti Android One Xiaomi Mi A1 yang baru sahaja dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM1099.

sumber

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here