Kamera Sony Xperia XZ Premium Belum Cukup Hebat – DXOMark

Sony  Xperia XZ Premium merupakan peranti premium taruhan Sony untuk bersaing dengan beberapa jenama lain. Hadir dengan gimik kamera yang cukup hebat dimana ia mampu merakamkan video gerak perlahan (slow-motion) 960fps, peranti ini turut dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini Snapdragon 835 dan 4GB ram.Secara atas kertas, segalanya tampak sempurna.

Minggu ini, DXOMark mengeluarkan skor ulasan kamera Sony Xperia XZ Premium dan menyatakan bahawa kamera 19 negapiksel pada peranti ini gagal menghasilkan gambar yang mampu untuk bersaing dengan kamera peranti spesifikasi tinggi yang lain. Peranti tersebut diberi skor keseluruhan sebanyak 83 markah.

Untuk pengetahuan anda, kamera pada Sony Xperia XZ Premium ini diuji menggunakan protokol ujian kamera baru yang diperkenalkan oleh laman web tersebut. Ianya lebih detail dan lebih tepat bersandarkan apa yang pengguna selalu lakukan dengan kamera smartphone mereka seperti mengambil gambar dengan unsur bokeh dibelakang dan mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya.

Anda boleh membaca ulasan lengkap DXOMark mengenai kamera Sony Xperia XZ Premium ini di laman web mereka dan lakukan sendiri perbandingan dengan peranti lain, terutamanya Apple iPhone 8 Plus yang kini menghuni tangga teratas kamera terbaik pada sesebuah peranti pintar.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here