Harga Xiaomi Mi Note 3 Di Malaysia Bermula Sekitar RM1700 – Peranti SD660 Dan 6GB Ram

Harga Xiaomi Mi Note 3 di Malaysia kini diketahui umum selepas penjual tempatan mula membawa masuk siri Mi Note terbaru dari Xiaomi untuk ditawarkan kepada pengguna di negara ini.

Siri Mi Note mungkin agak kurang popular berbanding siri Mi dan Redmi milik Xiaomi, namun ianya antara siri peranti dengan spesifikasi yang boleh diterima akal. Anda boleh dapatkan Mi Note 3 pada harga sekitar RM1700-RM1900 bergantung kepada penjual yang menawarkan.

Mi Note 3 secara asasnya merupakan Xiaomi Mi 6 versi skrin lebih besar, processor yang kurang berkuasa, kamera yang sama namun dengan bateri yang sedikit lebih besar. Pada harga sekitar RM1700 keatas , banyak pilihan yang lebih baik boleh anda dapatkan.

Tak berminat dengan siri Mi Note ? Mungkin anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Mix 2 yang turut memasuki pasaran Malaysia bermula minggu ini.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here