Harga Xiaomi Mi Mix 2 Di Malaysia Bermula RM2500

Harga Xiaomi Mi Mix 2 di Malaysia akhirnya diketahui oleh peminat Android di negara ini apabila ia dibawa masuk secara tidak rasmi oleh penjual tempatan. Mi Mix merupakan antara peranti Android terawal yang diperkenalkan dengan skrin penuh ataupun disebut sebagai Bezeless smartphone.

Xiaomi Mi Mix model awal mendapat sambutan hangat di Malaysia semasa ia dibawa masuk walaupun dengan tanda harga tidak masuk akal. Mi Mix 2 kali ini hadir dengan spesifikasi lebih baik, bersedia untuk bersaing dengan beberapa model terbaik jenama lain.

Seperti yang anda dapat lihat pada infografik yang disediakan oleh kami, Mi Mix 2 dilengkapi dengan cip pemprosesan tercanggih masa kini Snapdragon 835 dibantu dengan 6GB dan 8GB ram. Ini meletakkan peranti skrin penuh ini sebaris dengan model terhangat jenama lain seperti Oneplus 5.

Walaubagaimanapun, hanya Mi mix 2 versi 6GB ram yang dibawa masuk buat masa ini (ketika artikel ini ditulis). Bermula dengan harga RM2500  ditambah dengan ciri-ciri unik berskrin penuh pastinya memberikan saingan sengit buat peranti lain.

Jadi, beli atau tidak ? Tepuk dompet tanya akaun bank.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here