Harga Vivo V7 Plus Di Malaysia RM1499 – Dilancarkan Hari Ini

Harga Vivo V7 Plus Di Malaysia akhirnya diketahui selepas ia dilancarkan secara rasmi hari ini. Peranti terbaru dari Vivo Malaysia tersebut ditawarkan pada harga pengenalan RM1499.Bagi yang tertanya-tanya, Vivo V7 Plus merupakan telefon pintar terbaru Vivo yang memfokuskan kepada peminat selfie selain hadir dengan rekaan terkini paparan skrin hampir penuh.

Jika dilihat dari segi spesifikasi yang digunakan oleh Vivo V7 Plus ini, kekuatan utama peranti tersebut ialah kamera hadapan 24 megapiksel nya yang dilihat bakal menarik perhatian golongan wanita dan remaja yang meminati aktiviti selfie.

Selain itu, Vivo mengambil langkah menggunakan pendekatan rekaan moden yang digunakan kebanyakkan peranti spesifikasi tinggi seperti LG G6 dengan skrin hampir penuh yang dipanggil FullView Display berformat 18:9. Ini menjadikan peranti ini lebih menarik untuk digunakan menonton video, bermain games dan lain-lain.

Beberapa fungsi tambahan turut diperkenalkan. App Clone memudahkan anda menggunakan dua akaun berlainan dalam satu aplikasi yang sama ia bagaimanapun trhad kepada aplikasi social media seperti Whatsapp,BBM, Line dan Wechat. Smart Split pula hadir membolehkan anda membuka dua aplikasi dalam satu skrin.

Untuk peminat muzik berkualiti tinggi, Vivo V7 Plus turut menyokong Hi-Fi music dengan AK4376A Hi-Fi audio chip terbina memberikan pengalaman mendengar muzik yang lebih baik.

Anda boleh mendapatkan peranti ini dalam dua pilihan warna iaitu Champagne Gold dan juga Matte Black yang kelihatan eksklusif dari kedai rasmi Vivo ataupun melalui platform membeli belah atas talian, Lazada.

Pada harga permulaan RM1499 dengan spesifikasi yang digunakan, V7 Plus milik Vivo ini sudah pasti mempunyai berpuluh pesaing yang lebih baik. Namun, mungkin tidak untuk pembeli wanita yang mengutamakan fungsi kamera hadapan dengan megapiksel yang tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here