Harga Huawei Nova 2i Di Malaysia RM1299 – Peranti 4 Kamera Kini Rasmi

Harga Huawei Nova 2i di Malaysia akhirnya diketahui selepas peranti tersebut dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini. Apa yang istimewa mengenai peranti ini? Ia dilengkapi dengan empat kamera di bahagian depan (2) dan dua di belakang.

Pada harga RM1299 anda akan mendapat sebuah smartphone dengan dua kamera di bahagian belakang. Kamera utama 16 megapiksel dibantu dengan 2 megapiksel yang dapat membantu memberikan kesan khas “bokeh” (imej belakang objek yang diambil kabur). Sama seperti kamera selfie dibahagian hadapan, 13 megapiksel dan 2 megapiksel bersebelahan.

Huawei Nova 2i direka dengan rekaan moden dan minimal dengan teknologi yang mereka gelar FullView Display (seperti smartphone ini ). Menurut Huawei, 83% bahagian hadapan adalah skrin dengan paparan format 18:9 seperti kebanyakkan peranti spesifikasi tinggi yang hadir pada 2017 ini.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi lain, Nova 2i dibantu dengan cip pemprosesan kelas pertengahan Hisilicon Kirin 659, ram sebesar 4GB, sistem operasi Android 7.0 Nougat menggunakan skin EMUI 5.1 milik Huawei, 64GB memori terbina ditambah dengan sokongan microsdcard sehingga 256GB dan bateri sebesar 3340mAh.

Dah baca ke belum artikel Smartphone Terbaik 2017 Untuk IbuBapa Anda Sekitar RM1000 ?

Anda boleh mendapatkan peranti Huawei Nova 2i ini dalam 3 pilihan warna iaitu Aurora Blue, Graphite Black dan Prestige Gold. Jika anda seperti sudah biasa nampak peranti ini, anda tak berseorangan, di China ia dipanggil Huawei Maimang 6.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here