Harga Essential Phone PH-1 Di Malaysia RM3599 – Ditawarkan Oleh Techbug.my

Harga Essential Phone PH-1 Di Malaysia kini diketahui apabila salah sebuah kedai atas talian, Techbug.my mula membawa masuk peranti tersebut untuk para pengguna.Smartphone tanpa bezel dengan binaan Titanium tersebut ditawarkan pada harga permulaan RM3599 dan anda perlu membuat tempahan awal untuk mendapatkannya.

Menyentuh mengenai spesifikasi, ia dilengkapi dengan ciri-ciri terbaik yang terdapat pada peranti flagship. Ini termasuk penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 835 yang merupakan processor tercanggih masa kini milik Qualcomm, sistem operasi Google Android 7.1 Nougat bakal dikemaskini kepada Android 8.0 Oreo, skrin QHD bersaiz 5.71 inci beresolusi 2560×1312 meliputi 84% bahagian hadapan phone, memori dalaman sebesar 128gb tanpa sokongan sdcard, 4GB ram bagi membantu melancarkan sistem operasi smartphone tersebut, kamera utama 13 megapiksel f1.9, kamera hadapan 8 megapiksel dan bateri sebesar 3040mAh.

Essential PH-1 turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari, bingkai titanium yang lebih tahan daripada bahan tradisional aluminum dan sambungan USB Type-C.Anda boleh mendapatkan peranti ini dalam 4 pilihan warna iaitu Stellar Gray, Ocean Depths, Black Moon dan Pure White.

Bagi yang tidak mengenali Essential Phone, ia dihasilkan oleh pengasas bersama sistem operasi Android, Andy Rubin yang mahukan satu peranti yang dapat memenuhi kehendak pengguna. Jika dilihat dari kebanyakkan ulasan mengenai peranti ini, Essential Phone PH-1 dipuji prestasi baterinya yang sangat baik, kualiti binaan terbaik dalam kelasnya, dan skrin yang amat cantik.

Kehadiran Essential Phone PH-1 ini menambahkan lagi senarai Smartphone Terbaik 2017 Di Malaysia yang menggunakan cip pemprosesan SnaPdragon 835 untuk pertimbangan anda.

sumber : Techbug.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here