Google Pixel, HTC U11 Bukan Lagi Peranti Kamera Terbaik – iPhone 8+ Ambil Alih

Smartphone dengan kamera terbaik, satu topik yang sentiasa menjadi subjek perdebatan hangat. Ia juga merupakan faktor utama yang dinilai sebelum pengguna memilih untuk membeli smartphone pilihan masing-masing.

infografik oleh solehuddinrozali

Jika sebelum ini, HTC U11 dan juga Google Pixel diagungkan sebagai smartphone dengan kamera terbaik berdasarkan kiraan skor ulasan DXOMark, kini ianya tinggal kenangan.

iPhone 8 Plus hadir merampas takhta dengan kiraan skor tertinggi pernah diberi oleh DXOMark kepada sesebuah peranti pintar. DXOMark turut membandingkan contoh gambar yang diambil oleh empat peranti berbeza, iPhone 8 Plus, iPhone 8, Google Pixel dan juga iPhone 7 Plus.

Anda boleh baca ulasan lengkap mengenai kamera iPhone 8 Plus di laman web DXOMark sendiri yang kami tidak nafikan, gambar yang terhasil melalui kamera peranti Apple tersebut buat masa ini terbaik yang dihasilkan oleh smartphone.

sumber imej : DXOMark

Masa untuk berhijrah ke iPhone mungkin ?

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here