Senarai Peranti Xiaomi Yang Akan Dikemaskini Kepada Android 7.0 Nougat

Berita baik buat pengguna peranti Xiaomi yang sedang menunggu kemaskini Android 7.0 Nougat untuk peranti masing-masing. Pihak Xiaomi dikatakan telah pun mengeluarkan senarai peranti mereka yang akan menerima Android 7.0 Nougat dalam kemaskini akan datang.

Beberapa peranti terkenal mereka disenaraikan, namun berita kurang baik untuk pengguna Xiaomi Redmi Note 3 dimana peranti anda tidak tersenarai dan tidak akan menerima kemaskini serupa.

Dibawah merupakan senarai penuh peranti yang akan menerima Android 7.0 dan 7.1.1 Nougat. Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tidak jelas bilakah kemaskini tersebut akan dikeluarkan.

  • Xiaomi Mi Max
  • Xiaomi Mi 5
  • Xiaomi Mi 5s
  • Xiaomi Mi 5s Plus
  • Xiaomi Mi 4c
  • Xiaomi Mi 4s
  • Xiaomi Mi Note
  • Xiaomi Mi Note 2
  • Xiaomi Mi Mix
  • Xiaomi Redmi Note 4X (Redmi Note 4 in India)

Empat lagi pernati lain disahkan bakal dikemaskini kepada Android 7.1.1 Nougat termasuk Xiaomi Redmi Note 4X.

 

  • Xiaomi Mi 6
  • Xiaomi Mi Max 2
  • Xiaomi Mi 5c
  • Xiaomi Redmi 4X

Android 7 Nougat merupakan versi terkini sistem operasi Android sebelum Google mengeluarkan Android O 8.0 sebelum akhir tahun ini secara rasmi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here