Smartphone Terbaik 2017 Yang Ditawarkan Di Malaysia

0
2,259 views
views

Smartphone terbaik 2017 ? Satu persoalan yang agak sukar untuk dijawab memandangkan banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum satu senarai lengkap dapat dikeluarkan.

Untuk artikel kali ini, kami mengambil faktor smartphone mana yang dilengkapi cip pemprosesan terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia ketika ini. Cip pemprosesan Snadragon 835 merupakan processor tercanggih yang ada buat masa ini dan beberapa peranti telah pun muncul dilengkapi dengan SD835.

Infografik dibawah dihasilkan oleh saya sendiri untuk memberi gambaran ringkas mengenai beberapa peranti dengan Snadragon 835 yang telah pun mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Buat masa ini terdapat empat peranti Snapdragon 835 yang telah pun mula dijual di Malaysia. Oneplus menawarkan Oneplus 5 melalui pengedar rasmi mereka Brightstar, HTC menawarkan flagship terkini mereka HTC U11, Sony menawarkan Sony Xperia XZ Premium dengan kamera super slo-mo mereka dan tak ketinggalan Xiaomi dengan Xiaomi mi 6 mereka yang ditawarkan oleh penjual tempatan.

Jadi antara empat ini yang mana paling berbaloi untuk dimiliki? Jawapan tersebut bergantung kepada apa yang anda pentingkan ketika memilih peranti pintar. Secara atas kertas dan sesetengah daripada peranti ini telah pun terbukti kehebatan masing-masing.

HTC U11 memegang takhta kamera terbaik menurut DXOMark dan beberapa ulasan memuji ketahanan bateri peranti flagship tersebut. Akan tetapi ia hadir dengan antarmuka HTC dan mungkin bagi sesetengah pengguna yang lebih menyukai antaramuka stok android akan beralih arah kepada peranti lain.

Oneplus 5 turut menyerlah terutama dalam aspek prestasi. Snapdragon 835 dibantu dengan ram sebesar 8GB ram, memori terbina 128GB dan OxygenOS yang mengambil inspirasi daripada Google stok android. Dari segi kamera, DXOMark memberi skor keseluruhan sebanyak 87 skor, menempatkan Oneplus 5 ditangga keempat sebaris dengan beberapa peranti lain. Secara peribadi, ini merupakan pilihan saya.

Bagaimana dengan Sony Xperia XZ Premium dan Xiaomi Mi 6? Sama seperti HTC U11, cemerlang dari segi prestasi dan mungkin kurang dari segi kamera (Xiaomi Mi 6) namun tidak boleh dipandang ringan. Sony Xperia XZ Premium dengan kamera super slo-mo mereka adalah satu ciri-ciri yang amat menarik perhatian. Akan tetapi bila difikirkan semula, berapa banyak video super slo-mo yang anda ingin rakamkan? Adakah pada setiap masa? Tepuk dada tanya dompet masing-masing.

Jadi apa faktor terbaik yang boleh dinilai sebelum pembelian dilakukan ? Jawapan terbaik ialah lihat pada harga yang ditawarkan. Kesemua peranti yang ditawarkan mempunyai prestasi cemerlang yang hampir sama akan tetapi mempunyai jurang perbezaan harga yang jauh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here