Kamera OnePlus 5 Lebih Baik Berbanding iPhone 7 – DXOMark

OnepPlus 5 telah pun mula dijual di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Peranti android yang amat dinantikan oleh pengguna hadir dengan spesifikasi premium dan terbaik yang boleh anda dapatkan pada sesebuah peranti pintar.

Antara fokus utama Oneplus terhadap peranti terbaru mereka ialah keupayaan kamera yang dihasilkan dengan kerjasama bersama DXOMark. Ulasan awal kebanyakkan laman teknologi banyak yang mengkritik disamping wujudnya beberapa isu yang membelenggu Oneplus 5.

sumber : DXOMark

Setelah berminggu dikeluarkan, akhirnya skor rasmi untuk kamera Oneplus 5 dikeluarkan oleh DXOMark. Peranti tersebut diberi skor keseluruhan sebanyak 87, lebih tinggi berbanding iPhone 7 yang diberi skor sebanyak 86.

Disebalik beberapa isu yang hangat diperkatakan termasuk ketiadaan fungsi Optical Image Stabilizer (OIS) pada kameranya, Oneplus 5 berkongsi kedudukan dengan beberapa peranti lain termasuk Huawei P10, Xperia XZ dan Xperia Z5.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here