Ini Google Pixel XL 2017 Yang Anda Nantikan – Dihasilkan Oleh LG

0
380 views
views

Ini rupa Google Pixel XL 2017 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Laman web teknologi terkenal Android Police berkongiskan imej awal dan yakin bahawa ini adalah bagaimana Google Pixel XL 2017 akan kelihatan kelak.

Google Pixel 2017 merupakan peranti premium milik Google yang amat dinantikan oleh peminat tegar Android. Hadir menggantikan siri Google Nexus, Pixel dihasilkan untuk bersaing dengan peranti premium jenama lain disamping berperanan untuk menunjukan potensi sebenar sistem operasi Google.

Jika Pixel 2016 yang lalu mampu memukau pengguna bagaimana dengan Pixel XL 2017 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ? Pixel XL kali ini dikatakan akan dihasilkan oleh LG menggunakan konsep LG G6 yang merupakan peranti flagship LG untuk tahun 2017.

Bagaimana dengan spesifikasi peranti tersebut ? Tiada maklumat dikongsikan buat masa ini selain daripada ia akan dilengkapi dengan sistem operasi terbaru Google Andoid O 8.0, skrin Amoled LG bersaiz 6 inci dengan bezel yang minima dan skrin yang boleh dipicit dibahagian tepi menyerupai HTC U11.

Sumber rujukan artikel : Android Police

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here