Sony Xperia XZ Premium Dilengkapi Snapdragon 835, Kamera Baru, Skrin 4K

2
1,647 views
views

Sony Xperia XZ Premium, sesuai dengan namanya, diperkenalkan dilengkapi dengan spesifikasi tercanggih yang terdapat pada smartphone untuk 2017 ini. Sony menambahbaik segala aspek yang ada menjadikan flagship terbaru mereka merupakan antara peranti terbaik untuk 2017.

Apa yang menarik perhatian ialah fungsi dan kemampuan kamera yang terdapat pada Sony Xperia XZ Premium tersebut. Dikenali sebagai Motion Eye Camera System, ia mampu merakam video gerak perlahan atau slo-mo pada kelajuan 960fps, pertama seumpamanya untuk sebuah peranti pintar.

Menyentuh mengenai rekaan, Sony memilih untuk mengekalkan rekaan yang sama dengan flagship mereka sebelum ini, masih hadir dengan bezel besar pada bahagian atas dan bawah disaat  pengeluar lain berusaha mengecilkan bezel pada peranti keluaran masing-masing.

Buat masa ini, harga jualan rasmi masih belum diumumkan dan tarikh jualan dijangka hanya akan bermula pada lewat tahun ini.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here