Nokia 3310 Kembali, Nokia 5 Dan 3 Diperkenalkan

0
2,557 views
views

Nokia 3310 akhirnya diperkenalkan kembali dengan rekaan dan fungsi yang lebih moden untuk tahun 2017. Pengenalan Nokia 3310 nampaknya mencuri perhatian pengguna di seluruh dunia mengalahkan beberapa nama besar seperti LG G6 dan Huawei P10.

Nokia 3310 (2017) dikemaskini dengan sistem operasi Series 30+ milik Nokia, paparan skrin 2.4-inci QVGA, kamera utama 2 megapiksel termasuk sokongan sdcard sehingga 32GB, bateri sebesar 1200mAh, pengecasan micro-USB dan memori terbina 16 megabytes.

Jika dilihat pada spesifikasi, ia menggunakan spesifikasi asas termasuk rangkaian internet 2.5G. Ini bagi memastikan peranti ini mampu bertahan dengan masa berbual 22 jam dan bateri bertahan sehingga sebulan.

Ia akan mula dijual pada harga sekitar $50 US Dollar (RM230+-) dan boleh didapatkan dalam 4 pilihan warna iaitu kuning,merah,kelabu dan biru. Sebuah peranti yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here