Moto G5 Diperkenalkan, Peranti Bajet Terbaik 2017?

1
1,273 views
views

Moto G5 dan G5 Plus akhirnya diperkenalkan dan seperti biasa, ianya adalah peranti bajet terbaik yang boleh anda dapatkan kelak. Siri Moto G sebelum ini memang tidak pernah mengecewakan dari segi kualiti yang ditawarkan terutamanya sistem operasi dan ketahanan bateri.

Dilengkapi dengan spesifikasi yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan, Moto G5 hadir dengan kemasan logam dan rekaan premium, sekaligus memberikan saingan sengit untuk peranti bajet lain yang ada di pasaran.

Siri Moto G juga boleh dikatakan sebagai satu-satunya peranti Android bajet yang dilengkapi dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat dan mengekalkan antaramuka stock Android yang minimal dan ringan. Antara ciri menarik yang ada pada Moto G5 ini ialah anda boleh mengawal phone ini menggunakan pengimbas jari yang terdapat padanya.

Jika anda mencari peranti bajet dengan kemaskini pantas serta sokongan pembangun yang aktif, Moto G5 merupakan pilihan tepat. Anda boleh mendapatkan peranti ini mulai bulan Mac akan datang, namun harga pasaran di Malaysia tidak diketahui buat masa ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here