Nokia 6 – Cubaan Nokia Untuk Kembali Menguasai Pasaran Smartphone

0
2,129 views
views

Nokia 6, itu nama peranti terbaru dibawah jenama Nokia selepas sekian lama menyepi. Cubaan Microsoft untuk menghidupkan jenama tersebut menggunakan sistem operasi Windows Mobile gagal dan dipandang sepi oleh pengguna.

Jenama Nokia akhirnya diambil alih oleh HMD Global dan Nokia 6 diumumkan dilengkapi sistem operasi Google terkini, Android 7.0 Nougat. Malangnya, ia diumumkan khusus untuk pasaran China sahaja.

Peranti Nokia 6 ini hadir dengan spesifikasi dalam kategori “Low-end” dan tiada ciri-ciri luar biasa diperkenalkan untuk model kali ini. Snapdragon 430 sebagai cip pemprosesan dan 4GB ram walaubagaimanapun dilihat sudah cukup bagi memastikan segalanya berfungsi dengan baik.

Ianya tidak akan berfungsi sepantas peranti lain dan tidak akan mampu bersaing dengan peranti kelas pertengahan yang rata-rata menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 652.

Nokia 6 bakal dijual pada harga sekitar 1699 CNY dan jika ditukar kepada Ringgit malaysia ianya sekitar RM1100. Beberapa peranti lama yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 801, Snapdragon 808 atau 810 lebih berbaloi untuk dimiliki seperti Oneplus X.

Peranti tersebut menggunakan kamera utama 16 megapiksel dengan fungsi Phase Detection Auto Focus (PDAF) membenarkan kamera utamanya untuk fokus pada object dengan lebih pantas ketika gambar ingin diambil. Kamera hadapan dengan 8 megapiksel dilihat cukup baik untuk berselfie. Apa yang tinggal ialah soal kualiti gambar yang terhasil, adakah mampu untuk bersaing dengan model jenama lain atau tidak. Megapiksel tinggi tidak menjamin kualiti gambar yang tinggi dan baik.

Jika anda kecewa dengan spesifikasi yang digunakan oleh NOKIA 6 ini, HMD Global mengatakan mereka akan hadir dengan lebih banyak model dibawah jenama Nokia untuk sepanjang 2017 ini. Mungkin kita akan dapat melihat model lain diperkenalkan dengan spesifikasi lebih tinggi.

Nokia 6 tidak akan dijual secara rasmi di peringkat global dan ini bermaksud ia tidak akan dijual di Malaysia melainkan diimport masuk oleh penjual tempatan. Tanda harga sekitar RM1100 untuk sebuah smartphone dengan spesifikasi yang boleh diklasifikasikan sebagai rendah akan membuatkan pengguna berfikir dua kali untuk mendapatkan Nokia 6.

Apa pendapat anda ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here