Custom Rom LineageOS Kini Boleh Dicuba Pada Beberapa Peranti Terpilih

0
1,233 views
views

LineageOS rom mungkin agak jarang didengar jika anda tidak mengikuti perkembangan terkini pihak Cyanogen yang bertanggungjawab mengeluarkan custom rom Cyangonemod (CM).  Secara ringkasnya, LineageOS merupakan penerus legasi dan kejayaan besar custom rom Cyanogenmod selepas proses pembangunan rom Cyanogen dihentikan secara mengejut pada penghujung 2016 yang lalu.

Tidak dinafikan kami sendiri berasa amat kecewa dengan perkembangan tersebut memandangkan CM rom merupakan antara custom rom terbaik dan terbesar yang meyokong ribuan model peranti Android. Berdasarkan pengalaman kami, hampir tiada custom rom lain yang dapat menandingi kehebatan rom Cyanogenmod.

Kekecewaan yang dirasakan sedikit terubat apabila pihak pembangun mengumumkan bahawa Cyanogenmod akan ditukar kepada LineageOS dimana ciri-ciri rom CM akan dikekalkan dan akan diteruskan pada LineageOS. Secara ringkasnya supaya lebih mudah difahami, anda boleh menganggap Cyanogenmod “masih wujud” namun namanya kini ditukar kepada LineageOS dan mereka hanya melalui proses penjenamaan semula atau rebranding.

Logo LineageOS

LineageOS hadir dengan team baru termasuk dengan logo yang berbeza berbanding Cyanogenmod yang sebelum ini terkenal dengan maskot “SID” mereka. Memandangkan pihak pembangun masih dalam proses menyusun kembali organisasi mereka, unofficial build LineageOS telah pun mula dibangunkan oleh beberapa pembangun dan boleh dicuba pada beberapa peranti seperi LG Google Nexus 5 2013 dan juga Oneplus 3.

Sistem operasi yang disokong ialah Android 6.0 Marshmallow atau dikenali dengan CM13 dan juga Android 7.0 Nougat (CM14.1). Seperti Cyanogenmod sebelum ini, konsep Nightly Build untuk unofficial build masih diteruskan. Team kami telah pun mencuba LineageOS Unofficial Build ini pada peranti LG Nexus 5 CAF dan mendapati tiada apa yang berbeza diantara CM rom dan juga LineageOS ini melainkan nama sahaja yang ditukar.

Unofficial Build ialah rom yang bukan dibangunkan oleh pihak LineageOS secara rasmi. Ianya dibangunkan oleh pembangun lain kerana ianya sebuah Open Source Project, sesiapa sahaja boleh membangunkan rom ini. Masih terlalu awal untuk melihat kemaskini rasmi dikeluarkan oleh pihak LineageOS buat masa ini dan apa yang kami harapkan ialah ianya tidak akan berkubur seperti mana Cyanogenmod.

Muat Turun LineageOS Unofficial Build

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here