Asus Zenfone AR Memegang Takhta Flagship Dengan 8GB Ram

0
1,454 views
views

Asus Zenfone AR, peranti terbaru dengan ram 8GB dan Snapdragon 821 sebagai processor. Agak mengejutkan apabila ASUS memilih untuk menggunakan ram sebesar 8GB untuk peranti terbaru mereka sekaligus membolehkan peranti ini merampas takhta flagship terbaik untuk tahun 2017 ini.

Seperti yang tertera pada imej yang kami hasilkan diatas, Asus Zenfone AR dilengkapi dengan spesifikasi tinggi yang tak boleh dipertikaikan lagi. Jika ada yang ingin dipersoalkan mengenai spesifikasi yang digunakan, mungkin cuma pada saiz bateri dan cip pemprosesan Snapdragon 821.

Saiz bateri 4000mAh atau 5000mAh untuk sebuah peranti Augmented Reality mungkin lebih sesuai dan memandangkan cip pemprosesan Snapdragon 835 yang 20% lebih pantas berbanding Snapdragon 821 telah pun diperkenalkan, ianya akan memberikan prestasi lebih baik jika digunakan.

Mengenai 8GB ram yang digunakan pada Zenfone AR ini, ianya untuk memastikan peranti ini berfungsi dengan cemerlang apabila fungsi AR digunakan. Seperti yang dilaporkan oleh laman teknologi Arstechnica, sesetengah aplikasi Augmented Reality memerlukan memori yang agak tinggi bagi memastikan ianya berjalan dengan baik. Jika anda masih merasakan agak keterlaluan untuk menggunakan ram sebesar 8GB, Asus Zenfone AR turut hadir dengan versi 6GB ram.

Menyentuh soal harga, ASUS masih belum mengumumkan harga yang akan ditetapkan untuk peranti tersebut. Ia dijangka akan berada di dalam pasaran pada suku kedua tahun ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here