OnePlus 3 di Malaysia- Selepas Unboxing, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

3
6,839 views
views

Oneplus 3 di Malaysia telah pun mula ditawarkan mulai minggu ini dan ianya boleh dikatakan menjadi kegilaan mereka yang meminati peranti Android. Apa yang menariknya ialah peranti dengan ram sebesar 6GB ini dijual di Malaysia pada harga lebih rendah berbanding model jenama lain dalam kelas yang sama.

Kami berjaya mendapatkan Oneplus 3 ini untuk melihat sejauh mana kehebatan yang dimiliki. Anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga permulaan RM1999 sehingga RM2300 bergantung kepada penjual yang menawarkannya (beli daripada Techbug).

Menyentuh mengenai spesifikasi yang terdapat pada OnePlus 3 ini, anda boleh rujuk jadual dibawah.

SPESIFIKASI ONEPLUS 3

Paparan Skrin 5.5″ Full HD 1080p AMOLED (401PPI)
Sistem operasi OxygenOS, Android 6.0.1
Processor Qualcomm Snapdragon 820, Adreno 530 GPU
Kamera Utama 16 Megapixel ISOCELL 3M2 CMOS, f/2.2
Kamera hadapan 8 Megapixel, f/2.4
Battery 3,000 mAh LiPo
RAM 6GB LPDDR3
Memori 64GB eMMC v5.0
SIM Dual Nano SIM slot
Saiz 140 x 69 x 6.9 mm
Berat 138 grams
Ports USB Type-C , 3.5mm headphone audio jack
Sambungan Bluetooth 4.0, 2.4Ghz b/g/n WCN3680 WiFi, GPS, GLONASS, BDS
Network GSM: 850, 900, 1800, 1900MHz
WCDMA: B1/B2/B4/B5/B8
FDD­LTE: B1/B2/B4/B5/B7/B8

Pandang Pertama dan Tanggapan Awal

Ulasan Oneplus 3

Sebaik sahaja dikeluarkan dari kotak, OnePlus 3 terus menjadi peranti paling terbaik pernah kami pegang. Cukup selesa dengan reka bentuk binaan yang digunakan. Namun perasaan seronok memegang peranti ini tidak kekal lama apabila menyedari ianya amat licin. Binaan badan logam pada OP3 tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai tangan kering, rasa seakan-akan ia akan jatuh pada bila-bila masa jika tidak dipegang dengan kemas.

Selain daripada kekurangan yang disebutkan, OnePlus berjaya menghasilkan sebuah telefon pintar dengan rekaan yang amat baik, ianya amat ringan, nipis dan sangat premium.

OnePlus 3 hadir dilengkapi dengan sistem operasi milik Oneplus sendiri yang dikenali sebagai Oxygen OS versi 3.1.3 . Ianya direka bagi menyerupai stock rom Android 6.0 Marshmallow akan tetapi dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan yang membenarkan pengguna untuk mengubah tetapan mengikut selera masing-masing.

Namun amat-amat mengecewakan apabila unit yang kami gunakan dipenuhi bloatware atau aplikasi sampah. Iklan memenuhi ruang panel notifikasi, menyakitkan mata yang memandang. Kami tidak menunggu lama untuk menukar kepada rom yang lebih baik.

OP3 Bloatware

OxygenOS 3.1.3 ini juga dipenuhi dengan bugs dan masalah yang bagi saya agak serius. Antara bugs yang ketara berlaku ialah aplikasi tidak dibenarkan untuk dibuang (uninstall). Tiada apa berlaku apabila butang uninstall ditekan. Ianya terjadi beberapa kali sebelum memaksa saya untuk reboot peranti tersebut untuk menyelesaikannya.

Lag merupakan satu mimpi ngeri kepada pengguna peranti pintar dan jika anda merasakan Snapdragon 820 ditambah pula dengan ram sebesar 6GB tidak akan membuatkan OnePlus 3 mengalami masalah lag, anda tersilap. Lag yang berlaku tidak ketara namun tetap ada. Paling jelas ialah ketika keluar daripada games kembali kepada skrin. Sekali lagi saya tekankan, ianya tidak ketara.

Disebalik semua isu yang berlaku, peranti ini mempunyai kepantasan yang seakan tiada tandingan. Oneplus 3 sangat-sangat smooth , laju dan pantas. Saya tidak mengalami sebarang masalah untuk membuka pelbagai aplikasi dan melakukan secara serentak (multitask). Begitu juga dengan kamera.

16 megapiksel pada OP3 secara jujurnya bukan yang terbaik yang pernah ada sesebuah peranti pintar, akan tetapi jika anda merupakan seorang pengguna biasa, kamera utama OP3 menghasilkan gambar yang cukup baik dan cantik.

TONTON VIDEO ULASAN SAYA DI YOUTUBE

Dash Charging ialah satu sistem pengecasan pantas dicipta oleh Oneplus berasaskan sistem VOOC milik OPPO. Pengecasan selama 30 minit akan membenarkan bateri anda dicas sehingga 60%. Ini memberikan kuasa yang cukup untuk kegunaan seharian.

Jika hendak dibandingkan dengan Qualcomm QuickCharge 3.0, Dash Charge tidaklah begitu pantas ( Qualcomm QuickCharge 80% dalam masa 30 minit). Namun apa yang menarik ialah, Dash Charge membenarkan pengecasan tetap berlaku walaupun peranti sedang digunakan dalam mode heavy use.

Berita kurang baik ialah, Dash Charge hanya boleh berkesan menggunakan Dash charger dan kabel USB Type-C yang dibekalkan pihak Oneplus untuk OP3.

Prestasi bateri pada Oneplus 3 ini berada pada tahap memuaskan hati. Rujuk gambar dibawah untuk penggunaan bateri pada Oneplus 3 saya. Keterangan skrin ditetapkan pada 30%, menggunakan sambungan LTE sepanjang masa dan peranti digunakan dalam mode “light use” sekadar melayari internet, instagram, mengambil gambar,melayari aplikasi lazada termasuk membuka “Wifi Hotspot” untuk beberapa jam.

OP3 Battery

Saya akan menyentuh lebih banyak perkara dengan lebih detail lagi dalam ulasan lengkap yang kaan dikeluarkan tidak lama lagi. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai peranti ini, boleh ajukan di ruangan komen dibawah. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di media sosial!

 

3 COMMENTS

  1. Berbanding dengan xiaomi mi5, yang manakah lebih baik dari sudut specs dan harga bagi pengguna yg gemar main game, sosial dan kerja pada waktu yg sama?

  2. Aik version apa pakai nie? Mana kedai dapat nie?? Ada tanya version negara dia??
    Seriously almost semua revuwer lain dapat tak ada bloatware macam. Nie… Nie macam. Rom kene bloatware je… Try install rom stock. Dari oneplus

  3. Bro.. Utk mi5 pro ade buat review x? Saya dlm perkiraan utk memilih samada mi5 pro dan one plus 3..jika one plus 3 ade nampak laggingnya walau ketara bagaimana pula dengan mi5 pro.. Harap dapat dibuat review yaaa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here